Sifat unik watak bayi boleh dikesan sejak ia dilahirkan lagi. Apabila watak itu terus dibentuk dengan baik, ia menjadi sahsiah bayi itu apabila mereka dewasa.
Bayi yang baru lahir menunjukan perbezaan dalam beberapa aspek misalnya sama ada dia seorang pemarah ataupun periang sama ada dia mudah ataupun susah hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu keadaan.
Bayi yang mudah
- mudah menerima dan mencuba sesuatu yang baru dan positif
- tidur dengan senang dan tidak terganggu pada waktu malam
- senang menyesuaikan diri pada tempat baru
- waktu malam tersusun dan boleh dijangka
- tekun membuat aktiviti
Bayi yang payah
- tingkah balas dan emosi berlawanan dengan bayi yang mudah
- menunjukkan reaksi menentang, tidak selesa, marah ataupun menangis
terhadap benda
- menolak dan enggan mencuba sesuatu yang baru
- sukar tidur dan mudah terganggu semasa tidur
- tidak suka tempat baru @ orang baru dikenali
- makanan dan waktu makan mereka sukar dijangka
Bayi yang lambat mesra
- menunjukkan tindak balas pasif atau emosi waswas kepada benda, orang
ataupun tempat baru
- suka menolak makanan baru, tetapi boleh dipujuk
- lambat mesra dengan tempat @ orang baru dikenali, tetapi apabila
mengenalinya, mereka boleh menunjukkan kemesraan dan ketaatan yang tinggi
Post a Comment