Suka Cup Cake? Kat kedai, harganya leh cecah RM 5 ke RM 20 sebijik. Agak mahal jugaklah bagi aku...Bagi sesape yang ada masa nak masak, so leh cuba resepi kat bawah ni untuk buat Cup Cake sendiri kat rumah. Kalau sedap, leh lah bisnes Cup Cake nanti, sape tau kan..
Biasa Cup Cake ni orang buat tempahan untuk Kenduri Kahwin, Majlis Hari Jadi, Mesyuarat-mesyuarat Besar dan sebagainya. Lagi satu, budak-budak memang suka Cup Cake ni pasal 'topeng' dia yang pelbagai (ikut kreativiti masing-masing). So aku kongsikan kat sini, lau ada sape-sape yang nak cuba. Lau sedaplah resepi ni, atau ada tips lain untuk tambah sedap Cup Cake ni, korang sharelah kat sini.
Ok, selamat mencuba ya...!
BAHAN-BAHAN
- 150 g mentega
- 185 g tepung naik sendiri
- 150 gram gula kastor
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat
- 3 biji telur
- 1 sudu teh vanilla
CARA-CARA
- Pukul butter dan gula hingga kembang
- Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla
- Masukkan tepung yang dicampur dgn soda bikarbonat. Adun hingga sebati.
- Susunkan kertas kek cawan kedalam acuan. Masukkan adunan hingga 3/4 penuh
- Bakar selama 10 minit dgn suhu 180 C
Untuk Frosting (Topeng)
1 ½ cawan butter
¾ cawan susu segar/cair
½ sudu kecil garam
1 sudu vanilla
3 lb. gula icing ( 2.2 lb = 1 kg)
¾ cawan susu segar/cair
½ sudu kecil garam
1 sudu vanilla
3 lb. gula icing ( 2.2 lb = 1 kg)
Caranya
Pukul semua bahan bermula dari kelajuan perlahan.
*Jika cuaca panas, tambahkan sedikit lagi icing sugar.Hiaskan icing sugar mengikut kreativiti anda.
*Jika cuaca panas, tambahkan sedikit lagi icing sugar.Hiaskan icing sugar mengikut kreativiti anda.
Hai KM...
Ada resepi moist cake tak?