Umum mengetahui bahawa susu ibu adalah susu paling baik untuk bayi. Tidak ada satupun susu formula yang mampu mengalahkan khasiat susu ibu walaupun susu formula itu adalah yang paling mahal di pasaran. Bagi mereka yang tidak bekerja, tidak ada masalah untuk memberi anak mereka susu ibu. Namun, bagi ibu yang bekerja, anda tidak perlu risau kerana susu tersebut jika disimpan dengan baik akan menjadikan susu tahan dengan lebih lama. Berikut adalah ketahanan susu ibu :
- Susu yang tidak disimpan didalam peti sejuk hanya dapat bertahan selama 4 sehingga 8 jam sahaja.
- Susu ibu yang disimpan di dalam peti sejuk tahan selama 2 hari – 3 hari.
- Susu ibu yang disimpan di dalam pembeku tahan selama 3 bulan.
- Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun.
Jadi tidak ada masalah untuk kita sebagai ibu memberikan susu terbaik untuk anak kita walaupun anda bekerja di luar negara.. betul tak?
Post a Comment