Aku ada terbaca artikel di UTUSAN mengenai warna pakaian dan personaliti wanita. Agak menarik kerana kebanyakkan wanita pada hari ini gemar mengenakan pakaian dan aksesori berdasarkan warna yang digemari.
Warna baju sering memainkan peranan penting dalam mewujudkan suasana mengikut perasaan. Bahkan, warna dapat mengubah rasa, dan mempengaruhi persekitaran seseorang.
Kuasa warna juga secara tidak langsung menonjolkan ragam seseorang selain pilihan yang dibuat menunjukkan personaliti diri yang dikatakan akan mempengaruhi warna dan mood pemakai.
Secara tidak langsung, warna pakaian seseorang melambangkan personaliti. Di sini aku dah ringkaskan mengenai personaliti wanita mengikut warna pakaian dalam artikel tersebut.
- Merah - berani, merah dan cergas.
- Biru - lebih sabar, sejuk dan tenang.
- Hijau - lambang sifat cemburu, tenang dan bijak.
- Ungu - kelihatan feminin dan tenang
- Oren - ceria dan cergas
- Merah jambu - dikaitkan dengan sifat dan hal feminin.
Post a Comment