
Biasa Cup Cake ni orang buat tempahan untuk Kenduri Kahwin, Majlis Hari Jadi, Mesyuarat-mesyuarat Besar dan sebagainya. Lagi satu, budak-budak memang suka Cup Cake ni pasal 'topeng' dia yang pelbagai (ikut kreativiti masing-masing). So aku kongsikan kat sini, lau ada sape-sape yang nak cuba. Lau sedaplah resepi ni, atau ada tips lain untuk tambah sedap Cup Cake ni, korang sharelah kat sini.
Ok, selamat mencuba ya...!
BAHAN-BAHAN
- 150 g mentega
- 185 g tepung naik sendiri
- 150 gram gula kastor
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat
- 3 biji telur
- 1 sudu teh vanilla
CARA-CARA
- Pukul butter dan gula hingga kembang
- Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla
- Masukkan tepung yang dicampur dgn soda bikarbonat. Adun hingga sebati.
- Susunkan kertas kek cawan kedalam acuan. Masukkan adunan hingga 3/4 penuh
- Bakar selama 10 minit dgn suhu 180 C
Untuk Frosting (Topeng)
1 ½ cawan butter
¾ cawan susu segar/cair
½ sudu kecil garam
1 sudu vanilla
3 lb. gula icing ( 2.2 lb = 1 kg)
¾ cawan susu segar/cair
½ sudu kecil garam
1 sudu vanilla
3 lb. gula icing ( 2.2 lb = 1 kg)
Caranya
Pukul semua bahan bermula dari kelajuan perlahan.
*Jika cuaca panas, tambahkan sedikit lagi icing sugar.Hiaskan icing sugar mengikut kreativiti anda.
*Jika cuaca panas, tambahkan sedikit lagi icing sugar.Hiaskan icing sugar mengikut kreativiti anda.
Hai KM...
Ada resepi moist cake tak?