Cikgu moon
Di sini saya kongsikan sedikit maklumat berkaitan dengan kanak-kanak. Sebagai ibu kita mesti suka melihat anak kita pintar. Kadang kala juga kita geram dan mudah naik angin dengan telatah anak kita yang tidak mendengar k

ata kita. Jangan risau, setelah membaca ciri-ciri di bawah, kita akan dapat mengawal kemarahan kita kerana kita tahu ia adalah sifatnya sebagai kanak-kanak.


8 Ciri Kanak-kanak

1. Kanak-kanak suka meniru perlakuan orang lain (mimik) tanpa mengetahui mengapa sebabnya. Ia akan 
    meniru perlakuan karakter kegemaran mereka selain ibu bapa seperti karakter kartun, tv, dan sebagainya.

2. Kanak-kanak biasanya degil. Ini kerana mereka ingin berdikari tetapi dalam masa yang sama masih 
    memerlukan kehadiran ibu bapa. Membiarkan kanak-kanak mengetahui akibat daripada perbuatan 
    mereka adalah satu cara untuk mengajar mereka agar tidak mengulangi perkara yang sama.

3. Belum mampu membezakan betul dan salah. Pemikiran kanak-kanak belum mampu menaakul sesuatu
    berasaskan logik dan mereka juga tidak faham mengenai abstrak.

4. Suka bertanya soalan. Disebabkan perasaan ingin tahu yang mendalam, kanak-kanak suka bertanya
    soalan yang pelbagai mengenai persekitaran, perlakuan dan apa sahaja. Dalam menangani perkara ini,
    ibu bapa atau pengasuh perlu kreatif ketika memberi jawapan yang sepadan dengan perkembangan
    pemikiran mereka.

5. Ingatan yang tajam. Ketika usia sebegini, kanak-kanak memang mudah mengingati apa sahaja yang
    didedahkan kepada mereka. Jika disuruh menghafal sesuatu, mereka mudah ingat tetapi tidak faham apa
    yang dihafal.

6. Suka kepada ganjaran dan sokongan. Puji kanak-kanak dan beri perhatian serta galakan kepada mereka
    untuk merangsang perkembangan positif.

7. Kanak-kanak memang suka bermain dan perkara yang menghiburkan adalah naluri semula jadi mereka.
    Sebolehnya ibu bapa atau pengasuh bermain bersama mereka agar tidak terlibat dengan perkara yang
    mendatangkan bahaya.

8. Suka bersaing. Semakin kanak-kanak membesar dan sudah boleh berinteraksi dengan adik beradik  
    juga rakan sebaya, mereka akan mula bersaing sesama sendiri dengan tujuan untuk mendapat perhatian.
Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment

mARi sOLAt