Cikgu moon
Menu tengahahri bersama keluarga hari ini..
Ayam Sambal.. mudah je
Ne resepinya :

Bahan -bahan :

5 ketul ayam - ikut suka

(aku goreng dulu bersama kunyit dan garam)
5-7 cili merah } dikisar
5 ulas bawang putih } dikisar
4 ulas bawang besar - potong

2 sudu sos cili
garam secukup rasa

gula secukup rasa
Sedikit air asam jawa


Cara-caranya:

1. Panaskan minyak
2. Tumiskan bahan kisaran sehingga masak.
3. Masukkan garam, gula, air asam dan sos cili.
    Kacau sehingga pecah minyak.
4. Masukkan bawang besar dan ayam.
5. Angkat dan hidang.
Cikgu moon
Assalamualaikum....


Hari ne.. pagi2 Adam n Aidil dan bangun.. pukul 6.30 dah jaga. Tapi tak mandi lagi sebab hujan.. kesian pulak nak mandikan diaorang..sejuk lagi.. Memandangkan hari ne Adil ada check-up, abg Adam kena pergi gak.. takkan nak tinggal pulak..


Sampai ke Klinik Desa tadi, punyalah ramai orang.... kena la tunggu.. Aidil dalam klinik boleh melombant-lompat lagi.. suka sangat tengok ramai sangat baby sebayanya.. nak tau abg adam wat aper...


Haaaa... dia lagi hebat.. meronda satu klinik tu... pergi berkenalan dengan budak yang sebaya dia.. ader ke dia pergi ikut sorang budak tu.. mula2 aku tak perasan kenapa... bila perhatikan.. rupa2nya budak lelaki tu pakai baju gambar spiderman... dia boleh tunjuk2, pegang2 baju budak tu.. ish222 berani tul...


Satu lagi.. ade sorang baby ne..dia pegang botol yg ader loceng, siap bunyi2 lagi.. Adam aku dengan selambanya pergi kat mak budak tu nak pegang botol tu... alamak..semua orang tengok... punyalaa bekenan kat botol tu.. macam2...


Yang Aidil pulak, punyalah suka2 melompat, sampai giliran dia....aku bawak masuk dalam bilik.. sedang aku duk menyembang2 dengan nurse tu.. dia senyap je... rupa2nya.. sedang tido.. sonang bonar tido ehh... Dah tido, sedang molek la... nurse tu nak cucuk..... tiba2.. jarum nak sampai kat peha dia... dia pun bangun..... haaa...apa lagi..... WUUUEKKKK.....WUUEKKKKK...


Tapi, kejap je... naik kereta sambung melompat balik.. begitulah alkisah pertama lagi check-up kat Selayang nee.. lupa lak nak bagitau, berat Aidil dah 8.4kg.. punyala semangat... panjang dah nak sma dengan Adam...Dasyat.. hehehe


oklah.. time aku tulis ne... Abg Adam menyambung tidonyeee..mengantuk sangat... belum mandi lagi tu.. hehehe ... Adik dia wat aper?.. ader ne.. sedang membantu aku menaip ne.. heehe.. ok..


Jumpa lagi...
Cikgu moon

Bahan-bahan

sepotong tembikai
2-3 sudu gula ( manis ikut suka )
1 gelas air masak
3-4 biji buah laici
beberapa ketul ais


Cara-cara :

1. Masukkan tembikai yang telah di potong-potong , air dan gula.    
   Kisar hingga hancur.
2. Masukkan dalam gelas.
3. Hidangkan dengan laici dan ais
Cikgu moon
Sifat unik watak bayi boleh dikesan sejak ia dilahirkan lagi. Apabila watak itu terus dibentuk dengan baik, ia menjadi sahsiah bayi itu apabila mereka dewasa.

Bayi yang baru lahir menunjukan perbezaan dalam beberapa aspek misalnya sama ada dia seorang pemarah ataupun periang sama ada dia mudah ataupun susah hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu keadaan.

Cuba kita perhatikan perbezaan antara setiap watak berikut :

Bayi yang mudah

- mudah menerima dan mencuba sesuatu yang baru dan positif
- tidur dengan senang dan tidak terganggu pada waktu malam
- senang menyesuaikan diri pada tempat baru
- waktu malam tersusun dan boleh dijangka

- tekun membuat aktiviti

Bayi yang payah

- tingkah balas dan emosi berlawanan dengan bayi yang mudah
- menunjukkan reaksi menentang, tidak selesa, marah ataupun menangis  

  terhadap benda
- menolak dan enggan mencuba sesuatu yang baru
- sukar tidur dan mudah terganggu semasa tidur
- tidak suka tempat baru @ orang baru dikenali
- makanan dan waktu makan mereka sukar dijangka

Bayi yang lambat mesra


- menunjukkan tindak balas pasif atau emosi waswas kepada benda, orang

  ataupun tempat baru
- suka menolak makanan baru, tetapi boleh dipujuk
- lambat mesra dengan tempat @ orang baru dikenali, tetapi apabila

  mengenalinya, mereka boleh menunjukkan kemesraan dan ketaatan yang tinggi



Labels: 0 comments | edit post
Cikgu moon
  1. Sapukan getah betik ke tempat yang tertusuk duri tersebut. Insya-Allah pada pagi esoknya sakit akan sembuh dan duri akan keluar dengan sendirinya.
  2. Celupkan sebiji bawang merah ke dalam sedikit minyak masak. Kemudian bakar hingga hangus. Tampalkan di tempat yang kena duri tersebut.
Cikgu moon

Aku ada terbaca artikel di UTUSAN mengenai warna pakaian dan personaliti wanita. Agak menarik kerana kebanyakkan wanita pada hari ini gemar mengenakan pakaian dan aksesori berdasarkan warna yang digemari.

Warna baju sering memainkan peranan penting dalam mewujudkan suasana mengikut perasaan. Bahkan, warna dapat mengubah rasa, dan mempengaruhi persekitaran seseorang.

Kuasa warna juga secara tidak langsung menonjolkan ragam seseorang selain pilihan yang dibuat menunjukkan personaliti diri yang dikatakan akan mempengaruhi warna dan mood pemakai.

Secara tidak langsung, warna pakaian seseorang melambangkan personaliti. Di sini aku dah ringkaskan mengenai personaliti wanita mengikut warna pakaian dalam artikel tersebut.
  •   Merah - berani, merah dan cergas.
  •   Biru -  lebih sabar, sejuk dan tenang.
  •   Hijau - lambang sifat cemburu, tenang dan bijak.
  •   Ungu - kelihatan feminin dan tenang
  •   Oren - ceria dan cergas
  •   Merah jambu - dikaitkan dengan sifat dan hal feminin.
Walaubagaimanpun.. tak semestinyalah kita nak memakai satu warna sepanjang masa hanya untuk membuktikan personaliti kita..Apa yang penting ialah bagaimana tingkahlaku, pertuturan, dan sebagainya yang akan mencerminkan diri kita.  
Labels: 0 comments | edit post
Cikgu moon

 
   
   FLOWER FACE from........... vegetable

tak silap... tuu........terung. Dah jd penguin


Kubis become a goat....bekkk..bekk.

Kreatif.. lepas makan pisang, kita design...

Ha.. good combination . .

Tak sampai hati nak makan.. cutenyee

Kelakar ker tidak?? Rasanya tidak.. tapi amazing... kenapa? Yela.. tengok bentuk apa yang korang nampak kat buah tu? Aku nampak gambar peta dunia.. Dasyatnya saper yang makan tu.. siap boleh rangka peta.. tapi kalau korang nampak ader benda lain.. bagitaula..
Cikgu moon
Kalau ader nasi lebihan malam tadi, bolehla masak nasi goreng...Sebenarnya, masak nasi ne.. ikut resepi sendiri pun boleh..sebab... kita yang buat ia... ne ada resepi nasi goreng kampung bagi sesiapa yang nak cuba..

Bahan-bahannya :
4 cawan nasi
2 biji telur
secekak kangkung -dipotong kecil
2 sudu minyak masak
100g isi ayam
100g isi udang
garam secukup rasa

Bahan untuk ditumbuk
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
6 biji cili api - nak pedas letaklah lebih
2 biji cili merah
1 cawan ikan bilis
1 inci belacan

Cara membuatnya :
1. Panaskan minyak
2. Tumis semua bahan yg perlu ditumis sehingga naik bau.
3. Masukkan ayam dan udang.
4. Masukkan kangkung dan kacau
5. Masukkan telur
6. Masukkan nasi dan garam. Kacau sehingga masak.
7. Siap dan hidangkan.
Cikgu moon
Malam nee aku sekeluarga tak masak nasi pun..aku buat mee goreng...  Aku tinggal 3 beranak mlm nee sebab my husband ada program kat sekolah.. Dia bertugas mlm ne jaga budak...

Sekarang nee.. Adamm duk layan citer spiderman kat tv3 ne.. yang geramnyaa tv3 nee iklannya lama sangat.. anak aku neee kalau tengah kusyuk tgk tv.. pastu tiba2 iklan......ha.. mengamukkkk.. saper yang susah.. saper lagi... mama diaaa..
''mama, nak amen...mama nak amen"... kan ke geram dibuatnya... Aku menerangkan dengan penuh berhemah   "abg..... sekarang ne iklan....iklan....IKLANNLA ABG... " pun tak di layannya..Jenuh memujuknya.. Macam2 ragam abg Adam ne..

Ha... nak tido kejab la... tapi macam biasala.. anak2 tido lambat.. Aku harap sangatla Adam tak mengigau malam nee sebab kalau dia mengigau.. menangis kuat.. payah nak berhenti.. Harap2.. Apapun... aku nak teruskan meng 'update' blog ne dgn resepi2 yg biasa aku buat tuk simpanan..
Cikgu moon
Jam dinding rumah aku nee dah pukul 12 tgh mlm....husbandku yang tido dulu.. ponek sangat main badminton kat sekolah petang tadi.... sanggup tido drp tengok bola mas vs pkstn..

Yang tak tido2 biasala...2 org hero kecik ne...

Adam Aidil nee... mama dah ngantukk..     ini last uddate untuk mlm ne.. penat dah...

Oklah.. nak cuba tidokan budak2 nee.. good night semua...........
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

assalamuaalikumm...........




Cikgu moon
Ini resepi kegeraman aku.. aku suka cencaru goreng sumbat belakang ne.. Ini memang resepi mak aku..Simple.. bahan pun tak banyak..Silalah mencuba....


Bahan-Bahan:
  • 3 ekor ikan cencaru yang bersaiz besar
  • minyak masak untuk menggoreng
  • 4 batang cili api/padi (nak pedas letak lebih)
  • 2 ulas bawang merah
  • ¾ ulas bawang putih
  • 2 batang serai (dihiris)
  • sedikit hali
  • garam secukup rasa
  • kunyit dan garam untuk bahagian luar badan ikan


Cara-cara:

1. Ikan yang telah disiang, dibelah belakang kiri dan kanan.  
    terlebih dahulu
2. Campurkan cili api, bawang merah, bawang putih, serai dan
    garam secukup rasa.
3. Tumbuk semua bahan sehingga hampir lumat.
4. Sebelum itu, sapukan kunyit dan garam pada bahagian badan    
    ikan. 
3. Sumbatkan bahan yang ditumbuk ke dalam  bahagian yang
    dibelah dan ke dalam perut ikan tersebut.
6. Goreng ikan tersebut sehingga garing masak.
Cikgu moon
Ha.. ne resepi daging masak kari.. 2 hari lepas,
tak masukkan..masak kari daging ne..
memang jenuhla nak tunggu daging tu empuk.. takpe.. hasilnyaa.. sodap..


Bahan-bahan:

2 ulas bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 kilo daging (dipotong sederhana)
4 sudu mkn rempah kari daging
2 sudu mkn cili kering (tumbuk/cili boh)
1/2 santan
daun kari
tomato
3 biji kentang
2 keping asam gelugur
garam secukup rasa

Cara-cara :
1. Panaskan minyak dan tumis daun kari sehingga garing.
2. Masukkan semua bahan yang dihiris sehingga naik wangi.
3. Masukkan rempah kari & cili kering dan tumis hingga naik garing
4. Masukkan daging dan masak sehingga daging empuk.
5. Masukkan santan, kentang, asam,garam dan tomato.
6. Kecilkan api dan tunggu sehingga masak.
7. Matikan api dan boleh hidangkan dengan nasi atau roti jala.

Cikgu moon
Asalamualaikum semua.........

Entah kenapa tah.. susah nak melelapkan mata mlm tadi...
takde bende pun yang mengganggu fikiran.

Tapi nak nak masuk pukul 2 pagii... Aku hanya mampu melelapkan mata tanpa tido yang lena... dan baru je nak lena............ ...

anakku Adam pula menangis sebab mengingau..... dah pujuk, dah settle, barula aku tido.

Pagi ne...aku bangun seperti biasa nak masak goreng telur masak kicap untuk husband aku...

hairannya rasa tak mengantuk pulak..   

siap nak update blog ne.. hehehe....  

semoga hari ini hari yang lebih ceria dari hari2 sebelumnya...
Cikgu moon
Pagi2 aku dah menyiapkan ayam masak kicap.. Sememangnye favourite husband aku.. kalau makan ayam kicap, takyah lauk lain pun tak pe.. hehehe senang je..

      Bahan2nya ialah :
  • 1/4 ayam, potong kecil
  • 1 labu bawang besar – di hiris tebal
  • 2 biji bawang putih – di mayang
  • 1/2 inci halia – dimayang
  • 1/2 sudu kecil lada hitam
  • secawan kecil kicap manis
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 biji lada besar – dihiris
  • sedikit air
Cara2nya......
  • Bersihkan ayam
  • Tumis segala bahan kecuali cili besar dan dari bawang besar
  • Gaul sebati masak sehingga ayam empuk
  • Bila ayam empuk, masukkan cili besar dah hirisan bawang besar
  • Masak sehingga bawang layu, matikan apai


Dah siap...Sonang kan..
Cikgu moon
assalamualaikum..


Hari ini, aku bangun macam biasa walaupun malam tadi semua orang dalam rumah nee tido pukul 12 mlm.. termasuklah adam dan aidil..


semangat tul dia tunggu papa dia buat keje meng 'update' blog papa dia.. bayangkan lah tu.. siang tido kejap je.. mlm boleh berjaga lagi.. kuat tul anak2 aku nee berjaga malam..


Tapi hari ne.. siap masak nasi awal.. masak ayam kicap dan sayur.. husband nak bawa bekal.. ok jee.. dah settle..


tu yang pagi2 boleh melayan internet ne.. kalau tak... bila dah bangun hero2ku tu, haahahaha, mulala upin dan ipin. tak pun AMEN (ultraman)...
Cikgu moon
Kalau Orang England Orang Puteh mengatakan benda ini tiada walaupun sedikit, bermakna mereka akan mati dalam beberapa minit sahaja. Kalau Orang Malaysia, Orang Melayu mengatakan benda ini tiada walaupun sedikit, bermakna mereka akan mati dalam beberapa hari, paling lama pun dalam dua minggu.. Apakah bendanya tu?






Jawapannya ialah

AIR@air

Congratulations My friend LINABAHARI... your answer is right...

n


your present.....


gambar je... heheheh
Cikgu moon

Penting menikmati sarapan

Semasa zaman persekolahanku dahulu, aku memang tidak suka mengambil sarapan pagi. Bukannya tidak berselera.. tetapi bila ambil sarapan, automatik perut pun akan bekerja. Bila makan je, mesti nak pergi tandas... tu yang menjadi masalah. Kalau dah ke tandas, bukannya sekejap... tapi mengambil masa yang lama. Akibatnya.. lambatla ke sekolah..
 Tapi aku tertarik bila baca pentingnya sarapan. Sekarang ne.. aku akan pastikan anak2 aku mesti ambil sarapan pagi... Nak tahu kenapa? Sebabnya salah satu rahsia untuk menjadi bijak, gembira dan langsing tubuh badan ialah............Jangan sesekali tinggalkan sarapan pagi! Namun ramai yang tidak menyedari perkara itu. Memulakan hari dengan sarapan pagi adalah penting bagi membantu seseorang untuk berfikir, merasa dan kelihatan lebih baik. Ia juga penentu suasana untuk hari itu yang seterusnya.

Petikan daripada KOSMO menunjukkan "Kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa mereka yang kerap mengambil sarapan pagi mempunyai sikap yang lebih positif, langsing dan mempunyai prestasi mental yang lebih baik," kata pakar nutrisi Nestle Malaysia, Cher Siew Wei. Kenapa penting????

v     Ini kerana badan kita menggunakan gula atau glukos dalam darah untuk tenaga. Apabila kita bangun daripada tidur, paras gula dalam darah adalah rendah kerana kita 'berpuasa' semalaman. Jadi, dengan pengambilan sarapan pagi yang penuh khasiat dan seimbang, ia akan membantu menyumbangkan tenaga yang cukup untuk memulakan hari anda.

v     memulakan hari dengan sarapan yang seimbang khasiatnya mempunyai kesan positif ke atas kepekaan, tumpuan dan membantu pelajar dan pekerja meningkatkan sikap yang positif terhadap pelajaran atau tugas masing-masing.

v     Kajian telah membuktikan bahawa makan sarapan pagi membantu membendung selera anda untuk hari berkenaan di samping mempertingkatkan metabolisme . Ini sudah pasti membantu seseorang untuk mengurangkan berat badan. Peningkatan metabolisme bermula dengan pembakaran maksimum jumlah kalori untuk menjana aktiviti anda.

"Banyak kajian menunjukkan hubungan antara pengambilan sarapan pagi dan pengurusan berat badan. Antaranya ialah :
1.      Satu kajian oleh Jurnal Penyelidikan Obesiti pada 2002 melaporkan bahawa 3,000 sukarelawan di Amerika Syarikat mendapati 78 peratus daripada mereka berjaya mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan itu hasil pengambilan sarapan pagi setiap hari.
2.      Satu lagi kajian oleh Universiti Texas, El Paso di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa mengambil sarapan pagi boleh meningkatkan pengeluaran leptin, sejenis hormon yang menyekat selera.

Bagaimanapun kajian Nutrisi Dewasa Malaysia (2003) menunjukkan bahawa satu daripada 10 orang dewasa Malaysia tidak mengambil sarapan pagi.
Satu kajian bersama oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Nestle mengenai Status Nutrisi dan Tabiat Diet Pelajar Sekolah Rendah di Malaysia (2007-2008) menunjukkan bahawa satu daripada tiga pelajar sekolah rendah pergi ke sekolah dengan perut kosong.
Alasannya?
Daripada 11,371 pelajar sekolah rendah, 45 peratus berkata, mereka tidak mengambil sarapan pagi kerana tidak mempunyai masa, 22.2 peratus tidak lapar manakala 17.6 peratus tidak berselera.
"Tiada selera atau tiada masa untuk sarapan pagi. Jika anda mahu membiasakan semula diri untuk bersarapan pagi tetapi 'tiada selera' menjadi halangan, mulakan dengan sesuatu yang sedikit dan senang untuk disediakan dan tumpukan perhatian untuk menjadikannya sebagai sebahagian daripada rutin pagi," katanya.

Tiada istilah lambat untuk sarapan pagi! Sarapan pagi ditafsirkan sebagai hidangan pertama pada hari anda yang perlu diambil dalam tempoh satu jam selepas bangun daripada tidur.
"Jadi, walaupun anda bangun hampir waktu makan tengah hari, makanlah sesuatu. Ia masih dianggap sarapan pagi.
Cikgu moon
Baru je aku selesai menggoreng keledek tuk breakfast husband... mudah je resepi nyee...

Bahan-bahannya:


1 biji ubi keledek merah,dibuang kulit,dibasuh dan dipotong bulat


3 sudu besar tepung gandum
7 sudu besar air
Sedikit kunyit dan garam

Cara-caranya:
Campurkan tepung gandum, air, kunyit, garam dan ke dlm mangkuk pengadun.
Kacau rata adunan dan masukkan keledek.
Pastikan keseluruhan keledek disaluti dgn adunan tadi.
Panaskan minyak dan masukkan keledek.
Goreng hingga keemasan.Angkat dan letakkan di atas tisu dapur untuk menyerap minyak

Dah siap... boleh la makan.. biassanya dimakan pada waktu petang...
Cikgu moon
Kalau kita nak keluar jumpa orang yang baru dikenali @ jumpa teman, bolehla tengok sama ada dia bosan, suka atau gembira keluar dengan kita. Mungkin kita excited nak jumpa dengan teman kita, tetapi mungkin sebaliknya.. cubalah lihat reaksi teman, kawan, sahabat, atau sesiapa yang keluar dengan anda.

Gerak Jari Singkap Rahsia Diri

Memicit Atau Memegang Hidung
Tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dlm apa juga tindakan yang dilakukan.seorang yang pemalu dan sukar utk berkongsi rahsia besar dgn org lain kecuali org yang benar2 dipercayai.



Meletak Tangan Pada Bahu Kawan
Suka ikut kepala sendiri. Pentingkan diri sendiri
Teman yang sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh teman2 rapat

Bermain Dgn Tangannya
Mempunyai tahap humor yang tinggi. Pandai berjenaka
Bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau pandangan org lain tanpa ambil hati
Jenis open minded

Mematahkan Jari Jemarinya
Seorang yang gugup dan kurang yakin utk berbicara dgn org lain
Baik hati dan sedia membantu sesiapa saja

Menggigit Kuku
Gugup dan gementar bila berbicara
Agak tertutup dalam membicrakan rahsia hati

Memintal Hujung Rambut
Suka berkhayal
Sukar diperdayakan
Keras kepala

Menongkat Dagu
Pendengar yang setia dan rahsia akan selamat ditangannya
Suka mendengar masalah teman2
Setia dlm persahabatan

Suka Letakkan Tangan Atas Meja
Happy go lucky dan pandai menyesuaikan diri
Peramah
Suka bergantung pada orang lain

Menggosok 2 Telapak Tangan
Ramah dan berfikiran matang
Suka berterusterang dan tidak suka ckap berbelit2
Muudah memahami perasaan org lain dan suka membantu

Memutar Cincin
Sangat menepati janji
Berhati2 dlm tutur kata
Gemar hidup yang teratur

Labels: 0 comments | edit post
Cikgu moon
Hai semua...

Jemputlah datang ke Forum DKM yang tak seberapa untuk apa-apa perbincangan yang difikirkan menarik untuk kita bincangkan. Saja je, kalau ada topik-topik menarik untuk kita sembang-sembang kosong.

Datanglah ramai-ramai kat sana ye..
Cikgu moon

Rancangan kegemaran Adam - Ultraman Jack. He he....mulut dia pelat lagi...sebut 'Amen' je.

Bakal hero Amen dah muncul semula....Adam Amen..
Cikgu moon
Pelancaran Shop DKM pada hari ini dengan 2 banner setakat ini. Satu Freelance Blog Creator untuk perkhidmatan membina atau upgrade blog dan satu lagi Mazlina Collections untuk tudung muslimah pelbagai fesyen. Kepada para pembaca yang berkeinginan untuk kedua-dua jenis perkhidmatan ini, bolehlah terus ke Shop@DKM ini.

Kepada para blogger yang ingin mempromosikan barangan @ perkhidmatan mereka di blog DKM ini, sila email kepada Kak Moon di alamat email : mqmazmon@gmail.com.

Terima kasih dan selamat bershopping...
Cikgu moon

RAHSIA NAMA ANDA

Berdasarkan nama kita, kita dapat mengetahui personaliti masing-masing. Nama dapat dipecahkan kepada abjad-abjad. Sebagai contoh nama Ali terdiri daripada huruf A, I dan L. Personaliti berdasarkan nama Ali adalah seperti berikut :

A – Agak pendiam sekiranya terdapat sesuatu perkara bermain-main dalam fikiran kamu.
L – Kamu amat percaya pada cinta.
I – Kamu murah dengan senyuman dan sentiasa membuat orang lain turut tersenyum.

Cubalah nama anda....

• A Agak pendiam sekiranya terdapat sesuatu perkara bermain-main dalam fikiran kamu.
• B Hati-hati apabila bertemu individu yang baru dikenali.
• C Kamu masih sembunyikan sesuatu dalam diri kamu. Kamu masih lagi belum menonjolkan bakat atau 
      kebolehan yang ada dalam diri kamu sepenuhnya.
• D Kamu bermasalah untuk mempercayai orang lain.
• E Kamu tergolong dalam kategori individu yang menyeronokkan.
• F Semua orang menyayangi kamu.
• G Kamu memiliki cara yang tersendiri untuk memerhati dan menilai individu.
• H Kamu tidak mempunyai kepakaran dalam mengadilli sesuatu perkara.
• I Kamu murah dengan senyuman dan sentiasa membuat orang lain tersenyum.
• J Opps.. kamu agak cemburu orangnya.
• K Kamu gemar mencuba sesuatu perkara yang baru.
• L Kamu amat percaya pada cinta
• M Kejayaan hadir dengan mudah dalam kehidupanmu.
• N Kamu gemar bekerja tetapi kamu sentiasa inginkan waktu untuk berehat.
• O Kamu tergolong dalam kategori individu yang berfikiran terbuka.
• P Kamu seorang yang peramah dan amat memahami.
• Q Kamu amat hipokrit. Awas!!!
• R Kamu gemar bersosial dan berhibur.
• S Kamu memiliki tahap pemikiran yang luas dan jauh ke hadapan.
• T Sikap kamu adakalanya agak mengjengkelkan orang di sekeliling kamu. Hindari dari sikap suka 
      berlagak  kamu itu!
• U Kamu sentiasa berperasaan bahawa kamu harus setanding dengan individu disekelilingmu walaupun ia
      diluar kemampuan dirimu yang sebenar.
• V Wow! Kamu memiliki rupa dan fizikal yang menarik!
• W Kamu sentiasa mementingkan waktu-waktu yang ada dan
   mempergunakannya sebaik mungkin.
• X Kamu tidak suka pada arahan. Bagi kamu, kamu tidak perlukan arahan 
  orang lain dalam hidup ini!
• Y Kamu sering menimbulkan pelbagai masalah kepada orang lain bahkan diri
   kamu sendiri.
• Z Kamu sentiasa bergaduh dengan seseorang!!
 
Labels: 1 comments | edit post
Cikgu moon
Bagaimana dengan badan anak anda? Adakah idea pada usianya @ terlalu kurus kerana tidak ada selera nak makan? Ha.. kita kena tahu apa puncanya kenapa si manja kita tidak suka apa yang kita hidangkan. Kalau begitu, saya ada membaca artikel dari majalah SAJI mengenai cara yang kita boleh lakukan. Antaranya ialah :

1. Menyediakan dan menghiasi makanan dengan lebih warna-warni.

2. Bentukkan makanan dengan lebih menarik, contohnya watak-watak kartun yang mereka minati. Anda juga boleh gunakan coklat cair, kicap atau sos untuk melukis di makanan.


3. Sediakan makanan pada suhu yang sesuai, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu sejuk.

4. Guna pelbagai kaedah memasak yang boleh membangkitkan rasa, bau dan rupa hidangan.

5. Gunakan sos untuk menyembunyikan rasa yang mungkin tidak digemari anak anda.


6. Cuba makanan yang disediakan di hadapan anak dan berikan ekspresi bahawa ia benar-benar sedap!
    anda boleh kata... emmmmmmmm sedapnyeeee ayam neeee..
7. Ajak mereka sama-sama menyediakan makanan, dan jadikan aktiviti itu sesuatu yang menyeronokkan.

8. Potong makanan kecil-kecil untuk memudahkan anak anda mengunyahnya.
Labels: 0 comments | edit post
Cikgu moon
Hari ne aku sekeluarga menghabiskan masa duduk di rumah bersama suami, Adam dan Aidil... Pagi tadi aku ngan suami duk layan Adam tengok citer karton.. Walaupun minat giler kat ULTARAMAN, abis semua karton yang pakai topeng semua nye dia ingat ULTARAMAN. Layannnnnnnnnnn kan je... tengah minat...
Petang tadi bawak Adam dan Aidil keluar sekejap pegi Pasaraya NSK kat Selayang ne. Beli barang dapur yang dah abis. Adam kalau bawak dia keluar mesti masukkan dia kat dalam troli.. tu punnn dia duk panjat. tak senang duduk dia kat dalam tu.. Aidil??? dia relax jeee.. memang suko bejalan..

emmm diam tak diam dah lebih 2 minggu duk Selayang ne.. rasa ok dah..dah boleh menyesuaikan diri.. Ye keeeee??? Insyaallah...
Cikgu moon
Umum mengetahui bahawa susu ibu adalah susu paling baik untuk bayi. Tidak ada satupun susu formula yang mampu mengalahkan khasiat susu ibu walaupun susu formula itu adalah yang paling mahal di pasaran. Bagi mereka yang tidak bekerja, tidak ada masalah untuk memberi anak mereka susu ibu. Namun, bagi ibu yang bekerja, anda tidak perlu risau kerana susu tersebut jika disimpan dengan baik akan menjadikan susu tahan dengan lebih lama. Berikut adalah ketahanan susu ibu :
  • Susu yang tidak disimpan didalam peti sejuk hanya dapat bertahan selama 4 sehingga 8 jam sahaja.
  • Susu ibu yang disimpan di dalam peti sejuk tahan selama 2 hari – 3 hari.
  • Susu ibu yang disimpan di dalam pembeku tahan selama 3 bulan.
  • Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun.
Jadi tidak ada masalah untuk kita sebagai ibu memberikan susu terbaik untuk anak kita walaupun anda bekerja di luar negara.. betul tak?


Labels: 0 comments | edit post
Cikgu moon
Sebagai ibu bapa, kita boleh merangsang bayi kita sejak awal usianya. Keadaan yang sangat sesuai bagi merangsang bayi ialah pada masa dia celik dan sedar.

Antara caranya adalah seperti berikut :

Bila bayi melihat wajah ibunya, ibu boleh bercakap-cakap dengannya, menyanyi mesra, menunjukkan
 wajah senyum gembira atau ketawa sambil menggosok-gosok atau mencium bahagian tubuh bayinya itu.

Waktu menyusu bayi boleh digunakan untuk merangsang bayi. Perkataan-perkataan seperti " anak mak cantik sangat, anak mak manis sangat, anak mak sayang, anak mak suka minum susu", dan sebagainya disarankan untuk digunakan pada waktu ini.

Ibu-ibu juga digalakkan bercakap-cakap dan bermesra dengan bayinya diwaktu dia dimandikan atau lampinnya ditukarkan. Jarak mata bayi dengan wajah ibunya semasa menyalinkan lampin sungguh sesuai untuk berinteraksi diantara ibu dan bayi. Sambil menyalin lampin perkataan-perkataan seperti" cantiknya kaki anak mak, wanginya badan anak mak," dan sebagainya boleh digunakan.

Sebelum seseorang bayi boleh menggunakan bahasa dia akan menempuh proses perkembangan yang sistematik. Bayi yang baru lahir hanya menangis sahaja. Kebolehan bayi untuk mengeluarkan konsonan seperti mm,mm, atau ng pada usia tiga hingga empat bulan akan terus berkembang sehingga pada usia enam bulan dia sudah boleh mengeluarkan bunyi "ma ma ma, na na na" ,seolah-olah dia hendak memanggil ibunya.

Kebanyakkan bayi sudah berupaya mengeluarkan satu perkataan yang bermakna seperti "mama", "baba' pada usia sepuluh bulan. Dari bahasa yang digunakan oleh ibu kepadanya setiap hari dan pada setiap masa bayi akan dapat mempelajari dan membentuk bahasanya sendiri. Dari itu ibu bapa perlulah faham bahawa mereka seharusnya memberi perhatian kepada perkembangan bahasa bayi-bayi mereka dan membantunya dengan selalu bercakap-cakap dengan bayi mereka.

Bahasa sangat penting untuk seseorang manusia mempelajari keadaan disekelilingnya kerana melalui bahasa seseorang kanak-kanak kecil boleh melafazkan kehendaknya, boleh bertanya-tanya, boleh meminta-minta, dan boleh mengeluarkan pandangan-pandangannya tentang sesuatu perkara.

Seseorang bayi yang selalu menangis tentu akan kurang berkebolehan menerima segala stimuli dari persekitarannya serta dari orang-orang disekelilingnya. Ada ibu-ibu yang mengatakan " Biarlah budak itu menangis, lama-lama bila dia letih, dia akan diam". Anggapan ini adalah tidak benar dan ibu bapa dinasihatkan supaya mencuba seberapa daya untuk mententeramkan dengan mendukung dan mendodoinya atau mengenjut-enjutkannya. Selalu didapati bahawa seseorang ibu yang sudah pandai mendapatkan perhatian bayi dan merangsang bayi akan mendapati bayinya kurang meragam . Bayi menangis kerana inginkan sesuatu. Cubalah cari sebabnya dan pujuklah dia.

Bermain-main dengan bayi adalah sangat-sangat digalakkan. Jari-jari bayi boleh dicium atau kedua-dua tangannya ditepuk-tepukkan sambil ibu menyanyi perkataan-perkataan seperti " tepuk-tepuk tangan". Pendeknya, perkataan-perkataan yang dikeluarkan oleh seseorang ibu itu seelok-eloknya mestilah ada berkaitan dengan sesuatu perbuatan yang dilakukan.

                                        Kesimpulan

Persekitaran seseorang bayi itu boleh diperkayakan dengan mengadakan berbagai-bagai bunyi yang menarik seperti lagu-lagu dari peti muzik (musical box) atau dengan gambar-gambar yang berwarna-warni.

Untuk merangsang bayi ibu digalakkan bercakap-cakap, bermain-main, menyanyi atau membaca sesuatu kepada bayi mereka kerana ini bukan sahaja akan membantu proses perkembangan bahasa bayi bahkan mungkin boleh meninggikan pretasi intelek mereka.

Insyaallah bila perkembangan bahasa kanak-kanak itu dapat dipercepatkan, prestasi inteleknya juga akan meningkat

Labels: 0 comments | edit post
Cikgu moon
Di sini saya kongsikan sedikit maklumat berkaitan dengan kanak-kanak. Sebagai ibu kita mesti suka melihat anak kita pintar. Kadang kala juga kita geram dan mudah naik angin dengan telatah anak kita yang tidak mendengar k

ata kita. Jangan risau, setelah membaca ciri-ciri di bawah, kita akan dapat mengawal kemarahan kita kerana kita tahu ia adalah sifatnya sebagai kanak-kanak.


8 Ciri Kanak-kanak

1. Kanak-kanak suka meniru perlakuan orang lain (mimik) tanpa mengetahui mengapa sebabnya. Ia akan 
    meniru perlakuan karakter kegemaran mereka selain ibu bapa seperti karakter kartun, tv, dan sebagainya.

2. Kanak-kanak biasanya degil. Ini kerana mereka ingin berdikari tetapi dalam masa yang sama masih 
    memerlukan kehadiran ibu bapa. Membiarkan kanak-kanak mengetahui akibat daripada perbuatan 
    mereka adalah satu cara untuk mengajar mereka agar tidak mengulangi perkara yang sama.

3. Belum mampu membezakan betul dan salah. Pemikiran kanak-kanak belum mampu menaakul sesuatu
    berasaskan logik dan mereka juga tidak faham mengenai abstrak.

4. Suka bertanya soalan. Disebabkan perasaan ingin tahu yang mendalam, kanak-kanak suka bertanya
    soalan yang pelbagai mengenai persekitaran, perlakuan dan apa sahaja. Dalam menangani perkara ini,
    ibu bapa atau pengasuh perlu kreatif ketika memberi jawapan yang sepadan dengan perkembangan
    pemikiran mereka.

5. Ingatan yang tajam. Ketika usia sebegini, kanak-kanak memang mudah mengingati apa sahaja yang
    didedahkan kepada mereka. Jika disuruh menghafal sesuatu, mereka mudah ingat tetapi tidak faham apa
    yang dihafal.

6. Suka kepada ganjaran dan sokongan. Puji kanak-kanak dan beri perhatian serta galakan kepada mereka
    untuk merangsang perkembangan positif.

7. Kanak-kanak memang suka bermain dan perkara yang menghiburkan adalah naluri semula jadi mereka.
    Sebolehnya ibu bapa atau pengasuh bermain bersama mereka agar tidak terlibat dengan perkara yang
    mendatangkan bahaya.

8. Suka bersaing. Semakin kanak-kanak membesar dan sudah boleh berinteraksi dengan adik beradik  
    juga rakan sebaya, mereka akan mula bersaing sesama sendiri dengan tujuan untuk mendapat perhatian.
Labels: 0 comments | edit post
Cikgu moon



Terlalu sayangkan serangga kesayangan..kalau nak letak kucing muat ke?

Punyer la bagus designer ne kan... idea meletup..



Ikan pun boleh jadi selipar ye..

 

What so special about this selipar ek....? Kalau nak kunci selipar ne boleh.. tapi kena kunci kat tiang.      Baru tak hilang... hehhehehe..

mARi sOLAt