Hii. Assalamualaikum semua.

Buat yang mengenali Mazmon, mereka lebih gemar memanggil aku dengan panggilan kak Moon. Aku pendekkan jadi  'KM'. Mudah nak tulis.

Sekarang ne, aku fokus menjadi suri rumah. sambil2 tu, tiba-tiba aku berminat nak menulis dalam blog ini. Sekadar mengisi masa terluang dan mencari idea @ maklumat untuk dikongsi bersama. Suami aku ialah orang yang sangat2 menyokong dan banyak memberikan tunjuk ajar.

Sebelum ni KM menjadi cikgu tapi sekadar Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT). Walaupun hanya menjadi pendidik tidak sampai 2 tahun, tapi itulah pekerjaan yang sangat KM suka.

Macam2 pengalaman bila ajar budak2 sekolah menengah ne. Apa2 pun, KM Pasti rindu dengan budak2 yang pernah menjadi anak murid  KM dulu.

Kenapa berhenti............? Sebab KM melahirkan putera ke-2. Jadi kontrak pun tamatla. Di pendekkan cerita, sekarang KM menjadi Suri rumah dan mengasuh 2 putera KM yang sangat aktif membesar.

Jadi KM harap KM dapat berkongsi ilmu dan apa jua maklumat dengan anda semua..




Kak Moon.







| edit post

mARi sOLAt