Cikgu moon
Alhamdulillah...syukur ke hadrat illahi diberi kesempatan hidup di dunia..
Syukur jua kerana aku dah selamat temuduga spp dan selesai menjadi guru ganti... Dah cuti sekolah pun...hehehhe

Seronok rasanya dapat tinggal bersama 1 keluarga..almaklumlah selama ne berhujung minggu... Anak2 yg paling terkesan...suka sgt diaorang tinggal di selayang... Apa pun aku berdoa andai kata diposting nanti... Mudah2an awal tahun depanlah...tak sanggup menunggu lama... , harap sangat dapat dengan suami..1 negeri pun takpelah...tapi kalau x, redha je lah...

Tak sabar rasanya nak bercuti di kelantan...cuti sekolah nelah masanya nak bersama dengan keluarga di sana agak lama... Insya allah minggu depan balik sana...
Cikgu moon
Selamat pagi dan salam ramadhan

Begitu pantas masa berlalu...
Terlalu cemburunya masa terhadap kita..
Ramadhan berlalu tak mampu dikejar..
Walau sepantas mana kudrat dikerah..
Ramadhan,
Telah 15 hari berlalu..
Tanpa disedari...
Tinggal 15 hari jualah
Syawal menjelma..

Cukupkah amalan?
Cukupkah bekalan?
Cukupkah keinsafan?

Ya allah,
Berikanlah kami kekuatan...
Berikanlah kami petunjuk...
Berikanlah kami rahmat...

Agar ramadhan ini medan perjuangan..
Melawan nafsu..
Menjadi insan yang berlumba...
Mengejar nikmat syurgamu.
Labels: 0 comments | edit post
Cikgu moon
Salam ramadhan...

Hari ini pukul 4.00 pagi dah bangun.. Masak nasi, goreng ikan buat sambal dan goreng sayur....

Harap2 diberkati...

Niatkan segala kerana allah taala....

Selamat menunaikan ramadhan pada hari ini kepada semua...
Cikgu moon
Assalamualaikum dan selamat malam dunia maya,

Syukur alhamdulillah ke hadrat allah..selesai aku dan suami menunaikan terawih bersama tadi..walaupun tidak ke surau @ masjid seperti orang lain..

Lebih membahagiakan ramadhan bersama sekeluarga. Ada hikmah praktikal selesai sebelum ramadhan..dapatlah kami bersama bersahur dan berbuka bersama.

Anakku aidil merasa pelik sembahyang hari ini... Katanya....mama papa sembahyang lagi?...abis rakaat ke 4 dia tanya lagi....sembahyang lagi...sampailah kesudah...

Kalau boleh, aku nak pecah rekod taknak ke pasar ramadhan pada tahun ini...masak sepenuhnya untuk keluarga...emmm.. Boleh ker? Harap2nya..

Di samping itu juga, aku nak berdiet juga...mulakan diet atkins...

Yang paling penting ialah nak tingkatkan amalan...

Ya allah...beikan kami kekuatan mengerjaakan ibadah puasa dengan sebaik-baiknya...amin
Cikgu moon
Hari ini makan tengahari yang terakhir sebelum puasa esok...emmm..ok.. Aku plan nak masak siakap bnyak rasa...ok...mentang2 leh update pakai phone...hehehe nak update saje... Hohohoh...
Labels: 0 comments | edit post
Cikgu moon
Assalamualaikum..
Selamat malam...ops..dah pagi dah pun.. Dah pukul 2.16 pagi...sampai selayang tadi pukul 12am...anak2 dan papanye pun dah tido..aku je tak leh lelapkan mata...
Sebelum nak lelap tu..biasalah kan..tangan ke handphone je.. Niat di hati nak install viber..tapi tak dapat pulak... Aku dengan suami memang pengguna nokia..yelah orang lain semua nak pakai samsung...tapi symbian tetap di hati..hahahaa
Aku suka download software yang ada kat ovistrore ne...sampaila aku terjumpa application ne iaitu blob....
Ha..blob ne rupanya khusus untuk blogger yg guna blog atau wordpress.. Best giler...
mudah, friendly user.. Memang syok...hehee
Dan aku tulis sekarang ne pun gunakan phone je...
Lepas ini..memang selalu aku update dalam blog...
Al maklumlah...diari... Apalagi...cerita akula... Hehehe..
Oklah diari.. Dah pagi... Esok nk bgun pagi nak wat breakfast tuk suami tercinta...
Dah selamat dia berdengkur... Hehehe..ok..gudnite diari..
Cikgu moon
haii diari.. Selamat tengahari.. Hari ini hari ahad. Perancangan kami sekeluarga nak balik kampung..yeeeaahh.. mana lagi.. kuala pilah lah... Kenapa aku tak balik jumaat @ sabtu? heheh sebabnya hari ne sukan sekolah husbandku..so.. isnin cuti.. Kami memang plan nak balik.. nak cari lemang.. mak pun dah siapkan rendang katanya..memang bestlah... Cadangan aku nak bawak anak2 pegi sekolah suami nak tgk sukan... tup.tup.. hero2ku bangun lambat... malas lah nak pegi. sebabnya nak masak tuk anak2... hari ini aku masak nasi goreng jelah + goreng nuget... jadilah... Nak coret sikit tentang pengalaman semalam berjalan2 di sekitar ikea dan the curve... memang memenatkan.. kami bukan beli sangat pun... pegi the curve.. tgk wayang... citer karton lagi.. heheh... untuk hero yang ke'boringan' berkurung di rumah.. hujung minggu la kalau nak berjalan pun... lepas tgk wayang kami pegi ikea jap.... pehh.. memang memenatkan... rancangannya.. nak cari idea dan survei apa yang menarik untuk rumah... kami pun dalam perancangan nak beli rumah yang kami sewa.. harap2nya keputusan nak beli rumah ne betul sebabnya...aku tak posting lagi... insya allah.. bila sebut pasal posting... tawakal kepada allah...semua ketentuannya... aku bersyukur jugak... dapat meluahkan masa bersama anak2 dan suami...sebab selama ini kami duduk berjauhan je.. pasangan hujung minggu je... takpelah... kesabaran pastinya akan membuahkan hasil yang menggembirankan... sudah tentu ramadhan kali ini istimewa kerana kami tinggal bersama.... oklah... siap2 nak balik kampung tercintaku....
Cikgu moon
Assalamualaikum... Hari ini masuklah hari ke-4 aku berada di Selayang dan 4 hari jugalah aku tamat praktikal... janggal jugak sebab pagi2 bangun dah pergi sekolah... tapi tak pe.. sebelum ne pun situasi yang dirasai tetap sama bila tamat jadi guru sandaran satu masa dulu... heheh.. tapi kali ini istimewanya... tamatlah sudah diploma pendidikan.. tinggal tunggu result, konvo dan seterusnya posting... alam belajar di usia 30an memang mencabar dan menyeronokkan... masak praktikal lagi seronok... guru-guru tak rasa pun kita ne macam praktikal... pelajar lagi lah... ingat kita cikgu tetap... sampailah dah nak abis baru tersedar aku dan rakan2 cuma cikgu praktikal... tak pelah... aku pulak memang tak sempat nak update apa2 masa praktikal.. sebab... faham2LAH line internet slow di kuala pilah.. Aku nak luahkan sedikit sepanjang masa praktikal.... dah tentulah di kuala pilah.. macam2 pengalaman dan pahit manis dapat dirasai...baik dengan guru-guru, pelajar dan pengurusan sekolah keseluruhannya... aku cuma menilai dan memerhati dari sudut pandangan aku sendiri... pertama, aku merasakan.. pelajar hari ini sangat membimbangkan dari kesopanan dan kesantunan..ada yang sanggup biadab dengan guru,, sikap hormat memberi salam, ringan tulang sangat2 tiris dalam kehidupan mereka... mungkinkah sekolah tidak membudayakan atau tidak ada penegasan dalam menangani isu pelajar.... aku merasakan peraturan memang..tapi dari sudut pelaksanaannya.. amat kurang memuaskan.. contohnya,.. pelajar tidak boleh balik awal.. tapi tetap ada juga pelajar yang balik awal, ponteng, berambut panjang dan sebagainya,... di mana kolaborasi di antara 'jaga' & guru dan pihak lain... entahlah... sepanjang praktikal juga.. waktu guru ganti memang lumrah dan kami antara guru paling bertuah kerana mesti mendapatnya.. aku bukan tak suka atau tolak... tapi... juga merasakan tiada sistem yang adil kepada guru... terutamanya guru pelatihlah... bayangkan sekolah ada lebhi 80 orang guru. .tapi hari2 nama mesti naik... sebabnya aku menpunyai pengalaman di sekolah di seremban... sistem giliran digunakan... maknanya kebarangkalian seseorang guru itu mendapat relief adalah kurang... takdelah tiap2 hari nak relief..... tapi point aku di sini...aku tetap bersyukur kerana dengan relief yang banyak jugalah aku kenal pelajar yang tak di ajar... selain itu, aku merasakan aku dan rakanku bertuah kerana mendapat guru pembimbing yang sangat fleksibel. aku boleh anggap dia sebagai pemudahcara... yang sukar dimudahkan, yang berat diringkan... kata2 yang paling melekat sampai sekarang.... 'ini semua dunia je'... hehehe aku bersyukur kerana ada juga rakan lain yang mendapat guru pembimbing yang agak cerewet... padaku, cerewet perlulah bertempat... janganlah sampai seperti ketam mengajar anaknya berjalan... tapi pada aku senang je... yang baik aku akan ambil buat teladan.. yang kurang aku jadikan sempadan sahaja. :) Apa2 pun berbalik kepada masa menganggur sekali lagi ne... aku nak plan something... tapi tak tahulah jadi ke tidak... harap2nya menjadilah... hehehehe oklah... sampai sini dulu.... panjang sangat tulis dah ne... lenguh tangan.. ok bye.. assalamualaikum.
Cikgu moon
YEEEEEHHHH.. Assalamuallaikum dan salam sejahtera kepada mereka yang membaca blogku ini. Hari ini adalah hari ke 3 aku sekeluarga bercuti di kelantan.. memang seronok tak terkata... sebab dah lama x balik... mak mertua pula masak semuanya sedap2.. memang hilang diet untuk seminggu.... hehehe.. apa pun.. cuti sekolah ne memang ditunggu2 untuk merehatkan otak setelah sebulan praktikal...bukan melupakan segal-galanya tapi untuk seketika.. TMS tetap dalam ingatan.. hehehe... Rindu pulak dengan budak kelas 2E yang semuanya lelaki2 yang sememangnya mempunyai pelbagai variasi perangai yang menuntut aku berfikir keras untuk mengubah minat belajar mereka dari malas kepada syg untuk belajar..... minggu sebelum cuti adalah minggu paling beharga buat aku dengan mereka... kerana aku rasakan berjaya menarik minat mereka.... lagi terkasima aku bila ada seorang budak dalam kelas tu anaknya cikgu disekolah tu yang dtg jumpa aku... terkejuzzzz... sbb?? anak dia kata cikgu MAZMON ajar best... harap2nya besatlah.. aku cuma ajar ikut kehendak dan selera mereka... maklumlah.. budak2 kalau ajar cara chalk and talk.. memang tidolah... sekarang ne cabaran aku 1..... fikir nak tarik beberapa pelajar yg ponteng dan liat nak belajar.... . harap2nya... berjaya.. doakan aku... Semoga aku dan rakan2 menjadi guru cemerlang dunia dan akhirat... am innnnnnn.
Cikgu moon
Dear Diari... Assalamualaikum.. dan selamat pagi.. Hari jumaat yang indah dan nyaman.. disusuri dengan hujan yang turut dengan lebatnya... Aku bersyukur kepada ALLAH dengan izin dan limpah kurniaNya aku hidup lagi di dunia ini... Alhamdullillah dan syukur segala perjalanan hidupku di UPSI telah berakhir dan hanya membilang hari untuk memulakan praktikal di Sekolah.. Begitu juga dengan result yang keluar baru-baru ini. Pada mulanya aku sangat kecewa yang teramat sangat kerana tak dapat capai target iaitu 4flat.. memang kecewa teramat sangat dan aku rasa hanya tuhan yang tahu.. kenapa? Semua subjek yang ada final aku dpt A kecuali satu subjek ne je iaitu KPD(Kaedah Mengajar) dapat A-.. Aku rasa sakit hati dan kecewa dan rasa marah dengan Lecturer aku iaitu DR. K. emmmm Memang 1 hari aku sakit hati, geram dan marah pada dia. Sebab???? Sebab aku dah bagi sepenuh hati dengan assigment untuk subjek tu.. korang mungkin tak rasa apa yang aku rasa... tambahan pula aku bukan jenis yang ambil mudah bila exam.. mungkin housemate aku tahu aku mcm mana orgnya... tapi entahla... lepas satu hari aku cuba menenangkan fikiran gara-gara A- yang Dr. K bagi pada aku.... Bila aku fikiran dan renung kembali... memang aku selalunya tidak ditakdirkan untuk mendapat sesuatu yang sempurna.. Aku juga sedar bahawa sesuatu yang berlaku ada hikmahnya.. Ya betul salah satu hkmah yang aku rasa ialah supaya aku sentiasa berusaha tanpa memikirkan hasil yang akan diperolehi.. Lagi pun, result yang tinggi juga tidak ada juganya jika kita guna ilmu yg kita pelajari itu dengan baik.. Alhamdulillah.. housemate aku semuanya dapat result yang tinggi dan semuanya lebih tinggi dari aku... tahniah kepada mereka..Cemburu?? Pada mulanya ya. tapi rezki masing2.. tak perlu nak iri hatikan... lagi pun.. selamat ini aku sentiasa mendoakan kami semua berjaya.. bukan setakat guru yang berjaya di dunia tetapi di akhirat. Pasal Dr. K.. emm aku redha dengan apa yang Dr. bagi. Aku tidak menidakkan profesional Dr. Sebagai pensyarah.. Mungkin aku akan merindui saat belajar dalam kelas KPD....mana taknya..suka bertekak dengan pensyarah.. baik dengan Dr K mahupun Dr. Jane. Aku berterima kasih kerana Dr. K dan lain-lain pensyarah kerana selalu memberikan dorongan dan motivasi malah membuka mata bukan mudah nak menjadi guru walaupun ramai yang kat kerja guru mudah. Mudah bagi mereka yang tidak cuba menjadikan kerjaya guru ini diluar kebiasaan.. oklah... mood gembira dan kembali bersemangat untuk menjalani praktikal... ya allah, jadikanlah aku dan rakan-rakanku guru yang cemerlang di dunia dan akhirat.. ameen.... wasalam.
Cikgu moon
Dear Diari.. Assalamualaikum semua.. Penat betul rasanya hari ini.. memang hilang tenaga buat aktiviti outdoor tadi... mana taknya... kena buat khemah.. masuk hutan.. mengadap 6 check point... bnyk giler kan... redah lumpur.. mandi sungat... merentas hutan yg sgt curam dan macam2 lagi lah... memang kepenatan aku dan rakan2 lain.... Hari ini ada adalah untuk sesi 1.. diaorang bahagi pulak 2 sesi iaiti a dan b.. pendek citer aku dapat sesi b.. maknanya kenalah buat outdoor dulu.... tadilah... yg group b kena la indoor... lebih kepada dgr ceramah... hhuhuh Tapi bukan itu yg hendak dikongsikan.. tapi kelemahan pengurusan BIG diupsi yang dipersoalkan... Pendek cerita kami ne dibahagikan kepada 15 kumpulan.... tapi dipecah2kan tuk buat aktiviti.. tapi yg menjadi persoalan.. tidak semua kumpulan dilepaskan... kena tunggu setiap kumpulan selesai tugasan check point pertama barulah dilepaskan group kedua.. bayangkanlah lama x lama kami tunggu... dari bersemangat langsung x semangat.. Bayangkanlah nak masuk hutan group aku group ke tiga.. tapi leh masuk hampir pukul 12 tghari... kawan aku group ke5.. tapi masuk hutan pukul 2 ... haiyooo laha aaaiii... camno jadi camtu pun tak tahulah... mana salah dan silap pun tak tahulah... Tapi aku rasa penganjur patut amik iktibar apa yg berlaku pd hari ini.. terutama dr sudut pengurusan masa... supaya BIG sesi lain akan lebih baik dari yg berlaku hari ini.. oklah.. esok nak sambung big sesi indoor.Harap2 tak membosankan... seskian.. koleksi gambar BIG
Cikgu moon
aSSALAMUALAIKUM dIARI... alhamdullillah.. selesai sudah peperiksaan akhir bagi sem 2 ini... pejam celik, pejam celik...tinggal nak praktikal je kat sekolah.. cerita pasal exam... insya allah bolwh buat... tapi tak pastilah boleh baiki result yg lepas atau tidak... harap ada peningkatan.... esok bermulalah kursus bina insan guru BIG diupsi.. nasib 2 hari je...heehhee.. tu pun 1 hari indoor, 1 hari outdoor... oklah tu.. kawan2 rumah semua dah siap2 kemas... dah clean n clear pun ada.. tapi aku je masih tak de rupa nak balik... insyaallah sempat lagi kemas,... hari selasa baru nak bawak balik semuanya... jenuhla mengangkat nanti.. peti ais, meja, pinggan mangkuk, besi almari... toto.. fuhhhh macam2.. tak pe.. sumbat je nanti... oklah.. nak rehat.. esok nak masuk hutan.. harap semuanya ok dan tidak ada masalah....
Cikgu moon
aSSALAMUALAIKUM DIARI. Hari ini terasa masa begitu panjang bagi aku.. mana taknya.. seharian duduk di bilik bertemankan nota pemikiran kritis dan kreatif... huuu... bila duk sorang2.. rasa kosong pulak... emmm... study.. rehat... tido kejab... study balik... berhenti makan... then, study balik.. tulah kojo eh.. minggu ne tak balik jumpa my heroes termasuklah papanya... emmm rindu mereka... apa nak buat.. terpaksalah.. demi exam... tapi suara mereka tetap didengari setiap hari... adam zafwan.. pandai sgt cakp... seronok cakap kat telefon... dah mcam borak dengan kawan... tak pelat langsung... hehee siap suruh mama dia ne baca buku lagi.. alahaiii sweetnye.. anak mama... adik pulak... masih lagi dengan bahasa dia... boleh lah... tapi ada perkembangan... aktif sangat... rindu nak peluk cium diaorang... minggu ne tak dapat nak tido sama... minggu depan mama balik... kita boleh duduk selayang ye... oklah.. sambung study balik.... ya allah, permudahkan segala urusanku... amin ya rabbalalamin...
Cikgu moon
assalamualaikum.. Akhirnya... penantian sem 2 ini hampir ke penghujungnya.. hari ini bermula 1 paper iaitu kajian tindakan dalam pendidikan.. oklah... soalan semua dah ada dalam tips.. cuma rasa kesuntukan masa nak jawab esei.. mana taknya 5 soalan struktur 2 soalan esei.. heheh .. apa pun... oklah... tutup buku kajian tindakan... bukak buku pemikiran kritis dan kreatif pulak... hari ini aku tido sorangla... shida, amalina dan hana dah selamat sampai seremban... tak pelah.. masing2 ada urusan.. kebetulan aku, dan suami aku sendiri nasihatkan suruh stay sini.. study katanya...heheheh.. insya allah.. masa itu emas.. tak kan dibiar pergi begitu saja tanpa pengisiaan... oklah... rehat dulu.. assalamualaikum..

mARi sOLAt