Cikgu moon
PERNAH DENGAR TAK TENTANG PCOS NE????


Bagi yg pernah dengar apatah lagi mengalaminya memang menakutkan.. sebabnya kita susah nak mengandung kalau orang yg ada masalah ini..


Sebenarnya aku juga disahkan doktor mengalami masalah ne.. selepas jumpa pakar sakit puan di Hosp. Columbia.. memang menyakitkan dengar doktor tu kata... nak tau ayat tu...


" u nak anakkan?? so, If u want get a baby,  u have to reduce your weight...takde pilihan.."


tIME tuuu tuhan je yg tahu.... so next step aku kenala turun kan berat badan.. terus daftar gi gym... hehehe punyer la power kan nasihat doktor tu.....


Aku berpuasa, pg gym, mcm2 lah .... nak kuruskan badan.. turun gak berat badan sikit je.. 5 kg.. sebelum tu 80 kg  ++..


Bila berat kurang, automatik period pun normal balik.. sebab kalau org yg mengalami PCOS ne period mmg tak teratur.. samala mcm aku ada kalinya 5, 6 bulan tak dtg... So, bila berat turun, period turun balik....


Masa tu period regular macam biasa.. aku pun happyla... at last... aku berjaya akhirnya mengandung.... alhamdullilah..


ne lah produk isoyag tu... rasa mcm soya..




Sampai sekarang pun, aku sekeluarga masih minum produk ne.. termasuklah anak2.. Peliknya anakku adam.. akan minum ginseng tu macam minum solivite..  padahal pahit.....masa aku mengandungkan aidil, aku minum ginseng.. rasanya kesan yg paling ketara ialah kulitnya yang sangat cantik.. dan daya tahan badan yang sangat kuat.. dari lahir hinggalah ke saat ini, dia masih belum mengalami deman. INSYA ALLAH...
Berbalik tentang PCOS tadi, aku ada maklumat tentangnya yang aku ambil dari internet untuk perkongsian bersama...

..................................................................................................................................................................

Polycystic ovary syndrome atau PCOS adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari pada seseorang wanita menjadi bengkak oleh sebab benih-benih telah terperangkap dalam ovari dan tidak boleh menetas pada waktu subur. Maka apabila berlaku keadaan seperti ini lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan berbagai jenis masalah pada wanita tersebut.


Kejadian penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita Malaysia ke taraf yang membimbangkan


kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.


Wanita yang gemuk, pusingan haidnya tidak teratur dan tumbuh rambut pada kaki, badan atau muka berwaspadalah mungkin anda mengalami masalah kilang ovari bengkak atau ‘polycystic ovary’.


Apakah tanda tanda penyakit Polycystic Ovary?


1) Tidak Subur atau mandul - Kebanyakan dari pesakit-pesakit PCOS datang berjumpa doktor pakar sakit puan sebab sukar hendak hamil walaupun telah lama mencuba. Ada yang telah beberapa tahun berkahwin tetapi masih belum medapat zuriat. Ada yang berjaya mendapat anak pertama dan gagal untuk hamil lagi selepas itu. Mereka ini mudah meningkat berat badan mereka dan seringkali peningkatan ini berlaku secara mendadak.


2) Haid tidak teratur - Tanda yang biasa ialah haid yang tidak teratur, biasanya lambat datang haid dan kadang- kadang jarak antara haid menjadi begitu jauh sekali sampai hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Ada setengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid.


3) Gemuk - Tanda lain ialah peningkatan berat badan menyebabkan wanita itu gemuk atau obese. Seringkali peningkatan berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur dan kesuburan mereka sangat kurang ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas.


4) Darah haid sikit atau/dan berpanjangan - Wanita pula mengalami selain daripada pusingan haid yang begitu panjang jangka waktunya, ialah perdarahan haid yang mungkin berlaku dengan sedikit sekali, tidak seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu. Tetapi wanita yang mengidap penyakit polycystic ovary akan mengalami haid yang sangat sedikit hanya menitis selama 2 atau 3 hari. Ada juga dikalangan mereka yang mengalami perdarahan yang berpanjangan sampai 15 hari ataupun 30 hari tanpa berhenti.


5) Tumbuh rambut - Setengah wanita pula tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut dan juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan dalam hormon lelaki dalam darah wanita tersebut. Iaitu satu keadaan yang sering berlaku dikalangan pengidap penyakit polycystic ovary.


Bagaimana Ia terjadi?


Sebenarnya punca bagi penyakit ini tidak diketahui. Mungkin satu keadaan semulajadi di mana terdapat kelainan atau gangguan pada enzim yang mengawal pembentukan hormon. Oleh itu biasanya jika dikaji paras hormon dalam darah, kita dapati wanita tersebut terganggu dalam hormon kesuburan mereka iaitu tahap hormon FSH (normal), LH – tinggi, hormon estrogen – tinggi, hormon progesterone – rendah, hormon testosterone (iaitu hormon lelaki) – tinggi. Adalah dipercayai bahawa peningkatan berat badan ada kaitan dengan peningkatan hormon testosterone dengan estrogen dalam darah wanita tersebut.


Mungkin ada ciri atau pengaruh kebakaan atau keturunan dalam penyakit ini. Walau demikian faktor pemakanan iaitu dari segi tabiat dan jenis makanan yang mengandungi banyak karbohidrat dan gula, perisa dan pengawet makan mungkin mempunyai peranan penting dalam kejadian penyakit PCOS.


Faktor stress atau tekanan fizikal dan mental yang timbul dari suasana tegang dalam perkerjaan dan rumah, pergeseran dan konflik di kalangan keluarga atau saudara-mara dan dalam kenderaan ketika memandu mungkin juga ada memainkan peranan dalam kejadian penyakit ini.
Labels: edit post
13 Responses
  1. Alhamdulillah. Ada makan ubat apa2 ke?


  2. c_uncu89 Says:

    aah...soalan yg sama... i pun sama... mula2 kawin : 68kg... 1 tahun lepas kawin : 83kg... bila jumpa doktor d sahkan pcos... hari ni da kurang berat... 77.5kg... doctor pun suruh turunkan berat....dia bg duromine..... im still waiting for a baby....;{


  3. c_uncu89 Says:

    aah...soalan yg sama... i pun sama... mula2 kawin : 68kg... 1 tahun lepas kawin : 83kg... bila jumpa doktor d sahkan pcos... hari ni da kurang berat... 77.5kg... doctor pun suruh turunkan berat....dia bg duromine..... im still waiting for a baby....;{


  4. Alhamdulillah, tahniah sbb dapt jugak pregnant.. saya pun PCOS jugak.. dan masih berharap untuk jadi mcm akk, dpt pregnant :)


  5. saya fina :- saya pun sama, dah 2 tahun kawen tp masih menanti baby, baru minggu lps dpt tau y saya PCOS tp sy x g jumpa doktor sy jumpa bidan dia y bgtau sy PCOS pastu start la cari info2 psl PCOS terjumpa lak blog ni. saya nak tau lebih lanjut psl produk ruicao y gensing tu leh minum time peknen ke...


  6. Bella Malek Says:

    Jom try supplement Shaklee utk atasi masalah hormon dan kesuburan. Hubungi sy utk maklumat lanjut. Nabila 014-9683615


  7. Anonymous Says:

    salam.kak,saya jgk pengidap pcos+kencing manis+tiriod.saya dah 5 taun kawin dan msh blm ada zuriat.di mana akak beli produk ruicao tu?


  8. CaHaya Says:

    Salam kak,
    Berapa lama tempoh lepas turun berat & dapat tau mengandung?
    Ada beberapa bulan tak?

    Thank you


  9. Terima kasih atas sharing yg bermanfaat.

    PCOS ni bukan sahaja penyebab masalah kesuburan..PCOS juga penyebab Obesiti kencing manis dan darah tinggi.

    Memang, Ada juga Pengidap PCOS yg mempunyai period yang regular dan berjya memperolehi zuriat..
    tetapi dalam tempoh jangka panjang..ia perlu juga dikawal demi kesihatan dan kesejahteraan diri kita.

    Walaupon PCOS penyebab obesiti..

    Salah satu cara uyk atasi PCOS ialah dengan mengurangkan berat badan. Bila berat badan stabil, insyaAllah..hormon juga akan stabil sama dan period menjadi regular semula.

    Bagi rakan2 yang mengidap PCOS, dan masih belum dapat zuriat, saya nasihatkan spy jumpa pakar sakit puan..supaya punca masalah dapat dikenal.pasti dan diatasi..

    Dalam pada masa yang sama..tak salah juga kita berikhtiar secara tradisional dan semulajadi~ spt dengan memgamalkan intake suplimen yang selamat.

    WaAllahualam


    Salam kenal
    Che'pah

    Jemput ziarah
    www.latifahsuleiman.blogspot.com




  10. Anonymous Says:

    assalam...saya baru dsahkan pcos selasa lalu oleh dktor..saya dah x dtg perid hampir setahun.saya pergi mengurut sabtu minggu lalu dan tukang urut tu ckp ada ketulan d bwh kanan perut saya..jd saya pergi scan dan doktor dapati ada cyst kecil d sekeliling ovary n ovary tu bengkak..jadi doktor sahkan saya ada pcos..doktor bg ubat jalan darah untuk lancarkan period n sarankan utk ambil pil hormon utk stabilkan balik hormon tu..utk makluman saya dh kahwin hampir 7 tahun & xde baby..jd ni la salah satu alternatif yg sy ambil utk cuba dptkan.hmmmm...harap2 saya dpt la melancarkan balik period seperti biasa dan harap sgt2 dpt baby...andai ada rezeki...


  11. Anonymous Says:

    tumpang tanye dalam ramai2 pesakit pcos ni ade tak yang mengalami msalah num 5


  12. Anonymous Says:

    Kak moon kalau ad y sgelintr trdpt simptm num 5, ape dgn minum shakles mpu mghlgkn bulu y ad d dada. ? Bdose ke klu kte mcukur ?


  13. ummu Says:

    Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Berjaya Hamil


Post a Comment

mARi sOLAt