Cikgu moon
Sejak bergelar suri rumah sepenuh masa nii… memang aku mengalami masalah anak sukar tidur malam…mana taknya…kalau tiap-tiap malam tidur pukul 12 ke atas, pening gak dibuatnya.. nak2 petang pun tak nak tidur.. Memang kuat berjaga betul..

Tentu ramai ibu yang lain juga merungut mengenai anak yang susah tidur pada waktu malam. Walaupun sudah ditukar lampin pakai buang atau diberikan susu, anak masih tidak mempunyai waktu tidur berkualiti dan selesa.

Begitu juga bagi ibu yang mempunyai anak kecil berusia dua tahun ke atas, pasti mempunyai masalah sama. Ada yang gemar berjaga sehingga jam 12 tengah malam semata-mata menonton rancangan kegemaran mereka, malah ramai juga yang menghabiskan masa dengan bermain.

Justeru, bagaimana cara paling berkesan bagi melatih anak-anak tidur pada waktu yang sudah ditetapkan?
Ini artikel yang aku baca di internet untuk perkongsian bersama.
* Waktu tidur yang tidak sama pada setiap malam


Ramai ibu yang bekerja dan sibuk pada siang hari akan terburu-buru menidurkan anaknya pada waktu yang dirasakan sesuai.

Ini kerana mereka berasa sangat letih dan berharap dapat berehat awal sekiranya anak-anak sudah tidur. Mengajar anak supaya mengetahui waktu tidur yang sama pada setiap malam sangat penting supaya mereka mencapai tidur malam yang sangat berkualiti.

Namun bentuk kualiti itu bergantung kepada anda. Mungkin dengan cara memandikannya dengan air panas, membantu untuk memberus giginya sebelum tidur atau bercerita kepada anak sebelum tidur dapat membantu anak tidur lebih awal.
Setiap malam, anda boleh memuji anak anda atau ceritakan padanya apa yang membuatkan anda berbangga dengannya.

Memainkan muzik lembut sebelum tidur mampu memberikan mereka ketenangan, seterusnya ucapkan selamat malam. Namun, setiap perkara harus dilakukan secara rutin pada setiap malam untuk menilai cara yang berkesan kepada mereka.

* Elakkan suasana bising dan tegang

Untuk menyenangkan pertukaran waktu tidurnya, pastikan suasana tenang dan selamat beberapa saat sebelum waktu tidur.

Elakkan suasana bising daripada televisyen, alat permainan video dan komputer. Kecilkan cahaya lampu serta pastikan ahli keluarga lain tidak membuat bising.
* Anak anda tidak mahu tidur sendirian
Sekiranya anak anda tidak mahu tidur bersendirian di bilik, beri semangat kepadanya untuk tidur berseorangan serta beri bantuan agar mereka berasa selesa.

Pastikan mereka mempunyai barang kegemaran yang menyenangkan seperti selimut, bantal atau anak patung kesayangan yang akan membuatkan mereka berasa ditemani ketika tidur. Sekiranya mereka takut pada suasana gelap, nyalakan lampu yang redup dan biarkan pintu bilik terbuka.

Sekiranya anak anda tetap menolak untuk tidur sendiri, anda harus berjanji untuk datang memeriksanya setiap 10 minit sehingga dia tertidur.
Ketika pemeriksaan, puji anak anda kerana kehebatannya mahu tidur sendiri. Ingatlah, anda sebenarnya sedang membantunya untuk tidur sendiri. Sekiranya anda menemaninya sepanjang malam, perkara itu yang akan dimintanya keesokan hari.

* Anak anda tetap keluar dari bilik tidur

Setelah anda menghantar anak anda masuk ke bilik tidurnya, sebaiknya anak anda tidak boleh bangun dan keluar dari kamar tidurnya.

Jika dia tetap bangun, bawa dia masuk semula ke bilik. Lakukan berkali-kali jika perlu. Anda mungkin juga boleh menutup pintu atau meletakkan sesuatu sebagai batas supaya pintu tidak tertutup sepenuhnya.

* Anak tidak mahu tidur sehingga lewat malam

Sekiranya anda sudah menetapkan masa tidur anak pada jam 9 malam, sebaiknya waktu itu harus dipatuhi. Jika tidak berkesan, cuba atur kembali waktu tidurnya pada siang hari supaya dia tidak tidur terlalu lama.

Anda boleh cuba sedikit demi sedikit untuk mempercepatkan waktu tidurnya tetapi anda harus patuh pada jadual yang sudah dibuat.

* Anak berjaga sepanjang malam

Sekiranya si kecil anda terjaga pada waktu malam, biarkan dia selama beberapa minit sehingga dia kembali tenang.
Jika tidak, pergilah ke bilik tidurnya dan tenangkan dia di sana.

Katakan padanya, ini adalah waktu tidur dan dia harus tidur seperti biasa.

* Anak mahu tidur di hadapan televisyen

Sekiranya anak anda merengek dan menangis meminta supaya tidur di hadapan televisyen, anda tidak seharusnya mengalah. Anda harus bersabar dan berusaha mengabaikan semua permintaan dan tangisannya.

Belum terlambat untuk mengajar kebiasaan tidur yang baik padanya. Jika anak anda mendesak, beritahu padanya harapan anda terhadapnya dan patuhi jadual waktu yang sudah dibuat.
Lama-kelamaan anak akan faham jadual waktu

Labels: edit post
1 Response
  1. adaa Says:

    Salam..very nice entry..anak2 adaa semua tidur awal..dlm 830 ke 9 tu dah lelap dah semua..adaa takdelah tips berharga..cuma yg slalu adaa buat kat rumah ni ialah

    1. Makan dinner awal dlm pukul 7
    2. Rehat2 solat semua dlm 830 dah off light
    3. Adaa buat rules..no cartoon after 7pm..

    So diorang dah xde benda nak buat..diorang tido lah hehe

    Nway jemput ke blog adaa ye utk info kesihatan

    WWw.adaa-inspiration.com


Post a Comment

mARi sOLAt