Cikgu moon
Dear Diari... Assalamualaikum.. dan selamat pagi.. Hari jumaat yang indah dan nyaman.. disusuri dengan hujan yang turut dengan lebatnya... Aku bersyukur kepada ALLAH dengan izin dan limpah kurniaNya aku hidup lagi di dunia ini... Alhamdullillah dan syukur segala perjalanan hidupku di UPSI telah berakhir dan hanya membilang hari untuk memulakan praktikal di Sekolah.. Begitu juga dengan result yang keluar baru-baru ini. Pada mulanya aku sangat kecewa yang teramat sangat kerana tak dapat capai target iaitu 4flat.. memang kecewa teramat sangat dan aku rasa hanya tuhan yang tahu.. kenapa? Semua subjek yang ada final aku dpt A kecuali satu subjek ne je iaitu KPD(Kaedah Mengajar) dapat A-.. Aku rasa sakit hati dan kecewa dan rasa marah dengan Lecturer aku iaitu DR. K. emmmm Memang 1 hari aku sakit hati, geram dan marah pada dia. Sebab???? Sebab aku dah bagi sepenuh hati dengan assigment untuk subjek tu.. korang mungkin tak rasa apa yang aku rasa... tambahan pula aku bukan jenis yang ambil mudah bila exam.. mungkin housemate aku tahu aku mcm mana orgnya... tapi entahla... lepas satu hari aku cuba menenangkan fikiran gara-gara A- yang Dr. K bagi pada aku.... Bila aku fikiran dan renung kembali... memang aku selalunya tidak ditakdirkan untuk mendapat sesuatu yang sempurna.. Aku juga sedar bahawa sesuatu yang berlaku ada hikmahnya.. Ya betul salah satu hkmah yang aku rasa ialah supaya aku sentiasa berusaha tanpa memikirkan hasil yang akan diperolehi.. Lagi pun, result yang tinggi juga tidak ada juganya jika kita guna ilmu yg kita pelajari itu dengan baik.. Alhamdulillah.. housemate aku semuanya dapat result yang tinggi dan semuanya lebih tinggi dari aku... tahniah kepada mereka..Cemburu?? Pada mulanya ya. tapi rezki masing2.. tak perlu nak iri hatikan... lagi pun.. selamat ini aku sentiasa mendoakan kami semua berjaya.. bukan setakat guru yang berjaya di dunia tetapi di akhirat. Pasal Dr. K.. emm aku redha dengan apa yang Dr. bagi. Aku tidak menidakkan profesional Dr. Sebagai pensyarah.. Mungkin aku akan merindui saat belajar dalam kelas KPD....mana taknya..suka bertekak dengan pensyarah.. baik dengan Dr K mahupun Dr. Jane. Aku berterima kasih kerana Dr. K dan lain-lain pensyarah kerana selalu memberikan dorongan dan motivasi malah membuka mata bukan mudah nak menjadi guru walaupun ramai yang kat kerja guru mudah. Mudah bagi mereka yang tidak cuba menjadikan kerjaya guru ini diluar kebiasaan.. oklah... mood gembira dan kembali bersemangat untuk menjalani praktikal... ya allah, jadikanlah aku dan rakan-rakanku guru yang cemerlang di dunia dan akhirat.. ameen.... wasalam.
0 Responses

Post a Comment

mARi sOLAt