Cikgu moon

Apabila kita bersua muka dengan seseorang baik lelaki @ perempuan, tentunya pelbagai gaya ditonjolkan. Mungkin betul @ tidak, tetapi panduan di bawah boleh kita jadikan

panduan sama ada kita mahu meneruskan pertuturan atau sebaliknya..

1. Melindungi atau menutup mulut dengan tangan bila bercakap
Tindakan ini membayangkan yang dia kemungkinan berdusta, memutarbelitkan perkara, ragu, atau dia sendiri tidak yakin dengan perkara yang diucap atau cakapkan.

2. Berpeluk tubuh ketika bercakap
Dia memperlihatkan satu sikap yang defensif. Dia tidak akan menerima apa-apa yang kita cakapkan. Tindakan ini juga mengambarkan yang dia sukar mengalah atau bersetuju dan bekerjasama dengan kita. Gerak laku yang demikian juga menunjukkan yang dia berbeza pendapat, serba salah atau kemungkinan tidak berpuas hati dengan kita.

3. Matanya tidak memberi tumpuan atau merayap ke sana dan ke mari
Gerak laku sedemikian menunjukkan dia tidak berminat pada perkara yang kita ucapkan. Kalaulah kita baru berkenalan dengannya, maka perlakuan sebegini menunjukkan yang dia tidak benar-benar berminat pada diri kita.

4. Mata dan dahi berkerut-kerut
Ini menandakan dia berminat dengan apa yang kita ucapkan tapi tidak percaya apa yang kita ceritakan padanya.

5. Mata berkelip lebih laju daripada biasa
Gerak laku ini pula mengambarkan yang dia pendusta. Kata-katanya tidak boleh dipercayai.

6. Memandang tepat ke mata kita sewaktu kita bercakap
Ini menunjukkan dia amat berminat dengan isi percakapan kita betul-betul menarik minatnya. Atau kiranya isi percakapan itu tidak menimbulkan minatnya, kemungkinan dia benar-benar berminat untuk berkenalan dengan kita secara lebih dekat.

7. Memandang kita, tetapi tidak pada mata sewaktu kita bercakap  ( tetapi dia memandang hidung, dagu, dahi, atau leher kita )
Ini bermakna dia berminat, tetapi dia seorang pemalu. Perasaannya tidak selesa. Dia tidak releks.

8. Ketika kita bercakap dia bersandar ke belakang
Dia bersikap nagetif kapada kita. Dia kekungkina berasa bosan, menyampah ragu atau memandang rendah diri kita.

9. Mengiringkan badan ke kiri dan ke kanan sewaktu kita bercakap
Ini memperlihatkan dia berasa ragu dan terancam dengan isi dan cara kita bercakap. Dia juga berada dalam keadaan resah dan fikirannya tegang.

10. Mencekak pinggang dan menarik-narik seluarnya ke atas
Orang yang bersikap siap sedia. Orang sebegini selalunya mempunyai objektif dan cita-citanya jelas. Dia juga biasanya memiliki nafsu hidup yang tinggi dan didorong oleh hasrat untuk berjaya.

Mana satu anda?.

Labels: 0 comments | edit post
Cikgu moon
Wow.. boleh tersalah sangka dengan polis ni..

Dasyatnye... menakutkan

Mcm ne punyer beg pun ader

Ne..boleh jd mainan tuk anak2..

Dah macam tin cat pun ada...

Good Design..

Sangat unikk

Cikgu moon
Don't play2 ok.. i tembakk... bang..bang.. 1st time pegang pistol ne.. hehhe


Sejuknya... mcm ne aku boleh sampai kat pantai ne..


Tolongla halaukan lebah ne...bengkak hidung aku..

Jgn tembakkkkk!!!


We......just a blind kitten..
Cikgu moon
Memang resah apabila anak mengalami kembung perut. Kita sebagai ibu memang tak tidur malam nak kesian bila anak kita menangis tak henti-henti..

Aku sendiri pernah mengalami masalah ini. Semasa anakku Adam Zafwan kecil, dia sering mengalami kembung malam ne.. Aku dan suami tak tahulah macam mana nak cakap.. tak tidur malam dibuatnya.. 

Aku ingin berkongsi petua  yang aku gunakan.. Pertamanya jika anak kita menagnis kerana kembung, pertama sekali yang perlu dilakukan ialah hentikan tangisannya..kerana tangisannya akan menambahkan lagi angin dalam perutnya.

Macam mana nak tahu kembung atau tidak?? Mudah sahaja, kita tepuk perutnya perlahan.. jika keras bahagian perutnya, bermakna dia kembung.

Apa yang perlu kita lakukan ialah ambil 2-3 biji lada hitam dan ditumbuk..masuk ke dalam pusat bayi. Letakkan pita pelekat.  Biarkan dan tepuk belakang badan bayi perlahan-lahan.

Untuk mengelakkan kembung, kita perlulah :
"BURPING” @ sendawakan adalah penting untuk bayi selepas bayi makan atau menyusu..ia juga sebagai tanda yang bayi sudah kenyang..

Bagi bayi yang baru lahir pula, apabila tali pusat bayi sudah jatuh, memasukan 2-3 biji lada hitam yang ditumbuk ke dalam pusatnya. Setelah melahirkan anak ke-2, sehingga ke hari ini, belum mengalami kembung perut. Insya allah akan berkesan.

Ini adalah petua kampung yang aku perolehi dan amalkan untuk dikongsi bersama anda..
Cikgu moon
Semalam my husband beli sotong. Tak tahu nak masak aper..Ingat nak masak tomyam campur tapi lupa nak beli kuibnye.. 

Aku cuba cari resepi dalam internet.. Sebab dah selalu makan ayam sambal.. so aku malas nak masak sotong sambal..

Jadi.. aku pun try masak Sotong goreng berempah. Resepi yang mudah.. Sedap atau tidak.. kenala cuba sendiri..

Bahan-bahan:
500g sotong
2 sudu makan rempah kari - dibancuh
1/2 cawan air asam
1 labu bawang besar - dipotong bulat
2 biji tomato
2 sudu minyak masak
garam secukup rasa

Bahan untuk ditumis
1 inci halia
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 tangkai daun kari
1 sudu teh halba
semuanya dihiris..

Cara-carannya:
1. Minyak dipanaskan dan tumis bahan yang perlu ditumis
2. Masukkan rempah yg dibancuh dan kacau sampai pecah minyak
3. Masukkan sotong, air asam dan garam
4. Biarkan mendidih dan masukkan bawang besar dan tomato
5. Siap dan hidangkan.
Cikgu moon
Biasanya semua orang akan menggunakan halia sebagai bahan utama dalam setiap masakan. Kalau takde halia tak boleh masak ke? Haha..mungkin pada kita, tak lengkap masakan sekiranya tidak memasukkan halia. Betul kan?

Tahukah anda bahawa halia mengandungi sehingga 3% minyak pati yang menghasilkan haruman unik.
Hali digunakan sebagai bahan perasa di dalam masakan.

Ia boleh direbus dan ducampur ke dalam teh untuk dijadikan teh halia serta dimaniskan dengan menambah madu. Minuman teh halia baik kerana dipercayai mampu mengurangkan angin dalam badan.

Ia sering dijadikan bahan rempah di dalam masakan cina terutamanya makanan laut dan daging kambing.

Bukan itu sahaja, halia juga menjadi begitu berharga bagi wanita kerana terdapatnya pengusaha kecantikan yang menggunakan halia sebagai bahan utama dalam penghasilan produk pelangsingan badan.

mARi sOLAt