Cikgu moon
Memang resah apabila anak mengalami kembung perut. Kita sebagai ibu memang tak tidur malam nak kesian bila anak kita menangis tak henti-henti..

Aku sendiri pernah mengalami masalah ini. Semasa anakku Adam Zafwan kecil, dia sering mengalami kembung malam ne.. Aku dan suami tak tahulah macam mana nak cakap.. tak tidur malam dibuatnya.. 

Aku ingin berkongsi petua  yang aku gunakan.. Pertamanya jika anak kita menagnis kerana kembung, pertama sekali yang perlu dilakukan ialah hentikan tangisannya..kerana tangisannya akan menambahkan lagi angin dalam perutnya.

Macam mana nak tahu kembung atau tidak?? Mudah sahaja, kita tepuk perutnya perlahan.. jika keras bahagian perutnya, bermakna dia kembung.

Apa yang perlu kita lakukan ialah ambil 2-3 biji lada hitam dan ditumbuk..masuk ke dalam pusat bayi. Letakkan pita pelekat.  Biarkan dan tepuk belakang badan bayi perlahan-lahan.

Untuk mengelakkan kembung, kita perlulah :
"BURPING” @ sendawakan adalah penting untuk bayi selepas bayi makan atau menyusu..ia juga sebagai tanda yang bayi sudah kenyang..

Bagi bayi yang baru lahir pula, apabila tali pusat bayi sudah jatuh, memasukan 2-3 biji lada hitam yang ditumbuk ke dalam pusatnya. Setelah melahirkan anak ke-2, sehingga ke hari ini, belum mengalami kembung perut. Insya allah akan berkesan.

Ini adalah petua kampung yang aku perolehi dan amalkan untuk dikongsi bersama anda..
1 Response
  1. Unknown Says:

    Letak lada hitam dekat pusat ye? Lepas tu biar je kt pusat ke?


Post a Comment

mARi sOLAt