Assalamualaikum dan selamat malam.. opss.. bukan malam.. tapi dah pagi pun... dah pukum 1.05 pagi. Tapi aku masih belum tido. tapi disebabkan belum tido, aku sempat menyiapkan assgment yang sangat banyak. Minggu depan dah nak cuti raya.. alhamdullilah dalam kesibukan masa, peruntukan masa yang cuba aku bahagikan kepada keluarga dan study.. fuhh memang mencabar la.. banyak cerita dalam kehidupan yang aku lalui sepanjang aku berada di UPSI.. Tapi aku takde kekuatan nak tulis dalam blog sebab takut menyinggung perasaan orang lain. itulah aku.. aku selalu nak luahkan apa yang aku rasa, apa yg aku tempoh dalam hidup.. tapi selalunya aku akan delete sebab rasa taknak berkongsi dengan orang lain.. tapi.. aku cubalah... menyampaikan apa yang tersirat dan tersurat dalam hati dengan cara berhemah baik ketidakpuasan hatiku terhadap orang lain..
Kita manusia memang tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan.. kadangkala, aku sendiri sedar aku pun banyak menyinggung perasaan orang lain.. tapi, hidup mesti ada perubahan.. setiap yang baik dan buruk harus di teliti supaya kita sedar diri dan berubah menjadi manusia yang lebih matang. Betul kata orang, pengalaman akan mendewasakan dan mungkin akan 'mengetuakan' kita... heheheh
Apapun, sejak belajar di sini, aku sentiasa berdoa supaya aku dan rakan2ku supaya dijadikan guru yang cemerlang di dunia dan akhirat.
Tidak ada yang mudah dalam hidup dan tidak susah untuk hidup dalam selagi kita yang menggerakkan apa yang kita inginkan sama ada susah atau senang. pendeka kata, kita pilih jalan yang kita nak... dalam masa yang sama menimbangkan apa yang betul dan salah salam setiap pergerakkan kita..
Cukuplah dulu setakat hari ini.. kepada diariku, dikaulah yang akan menjadi medium buat aku menyampaikan isi hati yang telah lama aku tidak terjemahkan dalam bentuk tulisan.
gudnite.........
Post a Comment