Cikgu moon
Assalamualaikum... 

Minggu lepas memang memenatkan.... pertama sekali, alhamdulillah sebab berjaya gak aku menghabiskan puasa enam.... dugaannya banyak.... heheh. hari terakhir puasa pulak hari sabtu.... dan2 rumah kat pilah nak wat kenduri untuk adik yang nak amik PMR.... kan dugaan lagi tu... nak masak2 lagi... terasa penatnya.... macam biasalah.. kalau kat rumah tu,... ayah kat kenduri kecik je. bukan ajak saper2... tuk kita2 je.... tapi... tup2 lauk banyak gak... orangnya yang ajak ramai gak..... tak pe... dah biasa... 

Hari ahad pulak aku bertambah lagi kerja.. mana taknya... nak siapkan 1000pcs coklat marshmallow stick..... peeehh.. banyak tu.. memang tak menang tangan/... buat sorang2..... malam hari baru husband tolong sikit... oklah lah .. peneman sampai pukul 3 pagi... hehhehhe last2 esoknya... lembik... bangun tido... sambung lagiii... tapi aku bersyukur gak... dapat gak menyiapkan 700 lebih... balance aku wat kemudian.... 

Tapi wat banyak2 ne... membuatkan aku terfikir cara dan kaedah yang terbaik untuk mendapatkan kuantiti yang banyak dengan masa yang cepat... tengah difikirkan caranya... harap2 berkesan... 




Cikgu moon
Esok genaplah 5 hari aku belajar di upsi untuk permulaan sem 2 ne.. Malam ne.. semua housemate dah pulang.. dah selamat sampai destinasi masing2. Tinggalah aku, hana, shida dan mai sebab kita orang ada kelas esok pagi. Alamatnya esoklah aku balik... Rindunya pada Adam dan Aidil. Walaupun tak sampai seminggu tak jumpa.. tapi rasanya seperti lama terpisah.. mungkin sebab tinggal lama bersama masa cuti semester hari tu.. Mana taknya.. hampir 3 bulan lamanya tinggal dengan mama dan papa di Selayang.. Rindu mengenangkan masa kami sekeluarga tinggal bersama.. Yang pasti, esok lepas kelas, aku nak balik.... : )

MAMA LOVE U, Adam Aidil  
Cikgu moon
Cikgu moon
Assalamualaikum...

Rasanya dah telalu lama aku tak meng'update' blog ini. Dah berbulan2 rasanya. Almaklum... sejak aku sambung kontrak gsst bulan 8 tahun 2011 lepas, memang tak berbukaklah blog ne.. Memang rindu nak berblog ne.. tapi apa kan daya... kat pilah line mmg hampeh... streamex x boleh pasang kat rumah.. mengharapkan broadband... semuanya ibarat menunggu ayam jantan bertelur... huhuuhu.. marah TM dengarkan...

Terlalu banyak perubahan yang berlaku dalam hidup aku. Bermula dengan kontrak gstt yang disambung....
kemudian dimurahkan rezeki dengan mendapat tawaran DPLI GSTT.. Syukur... akhirnya impian nak jadi cikgu tetap hampir menjadi kenyataan. Dan sekarang ne... aku berada di UPSI....

Disebalik menjalani hidup sebagai GSTT ne, aku terpaksa berdepan dengan situasi dengan terpaksa berkorban meninggalkan anak2 dikampung bersama mak dan ayah.. Terpaksa dilakukan demi impian di masa depan.... Hari jumaat je.... memang tak sabar2 nak balik pilah...

Aku duk kat Tanjong Malim di kat Taman Ketoyong..Duduk menyewa 10 orang. Alhamdullillah.. rumah sangat besar dan selesa...Yang paling best lagi.... group GSTT yang kat SMK Dato' Sheikh Ahmad... 3 orang semua dapat kat UPSI..jadi housematelah...

Oklah.. untuk pertama kali setelah dah lama tak berblog....cukuplah setakat ne...

Assalamualaikum.
Cikgu moon
 
Seronok melihat perkembangan anak kita bercakap.. Aku sendiri sangat teruja apabila anak bercakap dan meminta sesuai.. Walaupun masih tidak fasih, namum mereka menunjukkan semangat dalam berkomunikasi.. Ini antara perkataan yang anakku Adam Zafwan..
1. ''mama, abg nak 'amen' ( abg nak ultraman)
2. ''mama, abg nak 'oyen' ( abg nak oren)
3. ''mama, abg 'iyak' (abg berak)
4. ''nak 'usu' (nak susu)

Nombor dah boleh dah.. tapi ini bunyinya :

atu, uwa, tiga, epat, lima, enam, tujuh, apan,sembilan, seuluh...oklah...

Itu sebahagian daripada perkataan yang biasa.. banyak lagi yang melucukan...

Sekarang ni pulak, Aidil Zaquan.. sedang aktif nak berjalan sambil bercakap... antara perkataan yang sedang dalam proses ialah :
1. mama. ( Lancar sebutannya)
2. atuk ...... ataaaah ( belum betul lagi)
3. papa.....abbaaah ( pun tak betul lagi)

Memang seronok...

Kat sini juga aku nak kongsikan maklumat yang boleh dikongsi bersama :

Tahap Perkembangan Kemampuan Anak Bercakap


0-8 Minggu

Pada masa awal, seorang bayi akan mendengar dan mencuba mengikuti suara yang didengarnya. Sebenarnya tidak hanya itu, sejak lahir ia sudah belajar mengamati dan mengikuti gerak tubuh serta ekspresi wajah orang yang dilihatnya dari jarak tertentu. 

Walaupun masih bayi, seorang anak akan mampu memahami dan merasakan adanya komunikasi dua arah dengan memberikan respon lewat gerak tubuh dan suara.
Sejak dua minggu pertama, anak sudah mula terlibat dengan perbualan, dan pada minggu ke-6 ia akan mengenali suara ibunya, dan pada usia 8 minggu,anak mulai mampu memberikan respon terhadap suara yang dikenalinya.

8-24 Minggu


Setelah si anak pandai mengekspresikan dirinya melalui gerak tubuh, si anak akan mula bercakap dengan bahasa-bahasa yang mudah dan lucu didengari ... "eh", "ah", "uh", "oh" dan disusuli dengan konsonan "m", "p", "b", "j" dan "k". Pada usia 12 minggu, si anak sudah mula bercakap "aaahhh", "bahbah", "gaagaa" dan pada usia 16 minggu, ia akan berupaya utk ketawa atau menjerit riang dan suka merungut atau merengek. Pada usia 24 minggu, si anak mulai berkata "ma", "da", "ba" dan sebagainya. Pada peringkat usia ini, si anak sudah mula menunjukkan tanda-tanda yang dia mampu fahami apa yang orang lain katakan padanya. Jika anda sedar, pada peringkat ini, si anak suka mengulangi bercakap apa yang didengari dari suaranya sendiri.

28 minggu - 1 tahun

Usia 28 minggu seorang anak mulai mampu mengucapkan "ba", "da", "ka" secara jelas. Bahkan semasa menangis pun vokal suaranya sangat lantang dan dengan penuh intonasi. Pada usia 32 minggu, ia akan mampu mengulangi beberapa suku kata yang sebelumnya sudah mampu diucapkannya. Pada usia 48 minggu, seorang anak mulai mampu sedikit demi sedikit mengucapkan sepatah kata yang bermakna. Selain itu, ia mulai mengerti kata "tidak" dan mengikut intonasi sederhana seperti "bye-bye" atau main "cak-baa". Ia juga mulai mampu meniru bunyi binatang seperti "guk", "kuk", "cak".

1 tahun - 18 bulan

Pada usia setahun, seorang anak akan mampu mengucapkan dua atau tiga patah kata yg bermakna. Sebenarnya, ia juga sudah mampu memahami sebuah objek sederhana yang ditunjukkan padanya. Pada usia 15 bulan, anak mulai mengucapkan dan meniru kata yang sederhana dan sering didengarnya untuk kemudian mengekspresikannya pada keadaan/ situasi yang tepat. Usia 18 bulan, ia sudah mampu menunjuk objek-objek yang dilihatnya di dalam buku dan dijumpainya setiap hari. Selain itu ia juga mampu menghasilkan lebih kurang 10 kata yang bermakna.

2 tahun - 3 tahun

Seorang anak mulai menguasai 200 - 300 kata dan gemar bercakap sendirian (bermonolog). Anak2 akan mula memperhatikan kata-kata yang baru didengarnya untuk dipelajari secara diam-diam. Mereka mulai mendengar pesanan2 yang bermakna, yang memerlukan perhatian dengan penuh minat dan perhatian. Perhatian mereka juga semakin luas dan semakin bervariasi.

Mereka juga semakin lancar bercakap, meski pun percakapannya masih belum sempurna. Anak di usia ini juga semakin tertarik mendengar cerita yang lebih panjang dan kompleks. Jika diajak bercakap-cakap, mudah bagi mereka untuk melompat dari satu topik perbicaraan ke topik yg lain.

Selain itu, mereka sudah mampu menggunakan kata hubung seperti "dengan", misalnya "ani pergi ke pasar dengan ibu", untuk menggambarkan dan menyambung dua situasi yang berbeza.

Pada usia ini mereka juga boleh menggunakan kata "aku", "saya" "kamu" dengan baik dan benar. Dengan kata-kata yang mereka fahami, mereka semakin memahami perbezaan antara yang terjadi pada masa lalu, masa kini dan masa sekarang.

3 -4 tahun

Anak mulai mampu menggunakan kata-kata yang bersifat perintah; hal ini juga menunjukkan adanya rasa percaya diri yang kuat dalam menggunakan kata-kata dan menguasai keadaan. Mereka mudah sekali mengenali kata-kata baru dan terus berlatih untuk menguasainya.

Mereka menyedari, bahawa dengan perkataan mereka dapat mengendalikan situasi seperti yang diinginkannya, mampu mempengaruhi orang lain, dapat mengajak teman-temannya atau ibunya bermain.

Mereka juga mulai mengenali konsep-konsep tentang kemungkinan, kesempatan, dengan "andaikan", "mungkin", "misalnya", "kalau". Perbendaharaan katanya semakin banyak dan bervariasi seiring dengan peningkatan penggunaan ayat yang utuh. Anak-anak itu juga semakin kerap bertanya sebagai ungkapan rasa ingin tahu mereka, seperti "Mengapa dia Mak?", "Dia buat apa tu Mak?", "Nak ke mana?"

Yang paling penting ialah sebagai ibu bapa, kita mestilah menghabiskan masa sekurang-kurangnya 2 jam sehari untuk berkomunikasi dengan anak-anak untuk mengeratkan hubungan dan meningkatkan daya pertuturan mereka Sekaligus dapat mengenali isi hati anak kita dengan lebih mendalam.
Labels: 0 comments | edit post
Cikgu moon
Sebuah hadis Nabi s.a.w. bermaksud:
Diangkat pena itu kerana tiga perkara: Seorang kanak-kanak kecil sehingga dia dewasa,
orang yang sedang tidur sehingga terjaga dan orang gila sehingga dia normal kembali. (Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)

Makna diangkat pena itu ialah mereka tidak dipertanggungjawabkan untuk menunaikan sebarang ibadat. Agama Islam menjaga sifat semula jadi manusia. Kanak-kanak harus dilatih sejak kecil lagi supaya mahir melakukan ibadat dan taat kepada Allah s.w.t.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: Suruhlah anak-anakmu mengerjakan sembahyang ketika umur mereka tujuh tahun dan pukullah mereka jika mereka enggan melakukannya ketika umur mereka sepuluh tahun. (Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)

Puasa juga dikira ibadat dan kewajipan seperti sembahyang. Kita wajib melatih anak-anak menunaikan ibadat ini. Tahap umur berapakah latihan ini mesti dilakukan? Tidak semestinya semasa umur kanak-kanak itu tujuh tahun kerana puasa lebih susah daripada sembahyang. Terpulanglah kepada kemampuan kanak-kanak tersebut.

Jika bapa atau penjaganya mendapati kanak-kanak itu sudah mampu berpuasa, bolehlah dia melatih anaknya berpuasa beberapa hari pada setiap bulan, setahun demi setahun. Misalnya dalam setahun dia melatihnya berpuasa sebanyak tiga hari, pada tahun yang lain selama seminggu, seterusnya dua minggu dan sehingga sebulan penuh. Apabila dia telah baligh, dan ditaklifkan berpuasa, dia tidak lagi susah untuk mengerjakan puasa kerana sudah biasa dan mahir.

Inilah cara Islam melatih kanak-kanak sejak dari kecil lagi dengan adab-adab Islam dan kewajipan-kewajipannya. Seorang penyair berkata, maksudnya:
Adab itu bermanfaat semasa kecil, ia tidak memberi faedah lagi ketika telah dewasa.



mARi sOLAt