Cikgu moon
 
Seronok melihat perkembangan anak kita bercakap.. Aku sendiri sangat teruja apabila anak bercakap dan meminta sesuai.. Walaupun masih tidak fasih, namum mereka menunjukkan semangat dalam berkomunikasi.. Ini antara perkataan yang anakku Adam Zafwan..
1. ''mama, abg nak 'amen' ( abg nak ultraman)
2. ''mama, abg nak 'oyen' ( abg nak oren)
3. ''mama, abg 'iyak' (abg berak)
4. ''nak 'usu' (nak susu)

Nombor dah boleh dah.. tapi ini bunyinya :

atu, uwa, tiga, epat, lima, enam, tujuh, apan,sembilan, seuluh...oklah...

Itu sebahagian daripada perkataan yang biasa.. banyak lagi yang melucukan...

Sekarang ni pulak, Aidil Zaquan.. sedang aktif nak berjalan sambil bercakap... antara perkataan yang sedang dalam proses ialah :
1. mama. ( Lancar sebutannya)
2. atuk ...... ataaaah ( belum betul lagi)
3. papa.....abbaaah ( pun tak betul lagi)

Memang seronok...

Kat sini juga aku nak kongsikan maklumat yang boleh dikongsi bersama :

Tahap Perkembangan Kemampuan Anak Bercakap


0-8 Minggu

Pada masa awal, seorang bayi akan mendengar dan mencuba mengikuti suara yang didengarnya. Sebenarnya tidak hanya itu, sejak lahir ia sudah belajar mengamati dan mengikuti gerak tubuh serta ekspresi wajah orang yang dilihatnya dari jarak tertentu. 

Walaupun masih bayi, seorang anak akan mampu memahami dan merasakan adanya komunikasi dua arah dengan memberikan respon lewat gerak tubuh dan suara.
Sejak dua minggu pertama, anak sudah mula terlibat dengan perbualan, dan pada minggu ke-6 ia akan mengenali suara ibunya, dan pada usia 8 minggu,anak mulai mampu memberikan respon terhadap suara yang dikenalinya.

8-24 Minggu


Setelah si anak pandai mengekspresikan dirinya melalui gerak tubuh, si anak akan mula bercakap dengan bahasa-bahasa yang mudah dan lucu didengari ... "eh", "ah", "uh", "oh" dan disusuli dengan konsonan "m", "p", "b", "j" dan "k". Pada usia 12 minggu, si anak sudah mula bercakap "aaahhh", "bahbah", "gaagaa" dan pada usia 16 minggu, ia akan berupaya utk ketawa atau menjerit riang dan suka merungut atau merengek. Pada usia 24 minggu, si anak mulai berkata "ma", "da", "ba" dan sebagainya. Pada peringkat usia ini, si anak sudah mula menunjukkan tanda-tanda yang dia mampu fahami apa yang orang lain katakan padanya. Jika anda sedar, pada peringkat ini, si anak suka mengulangi bercakap apa yang didengari dari suaranya sendiri.

28 minggu - 1 tahun

Usia 28 minggu seorang anak mulai mampu mengucapkan "ba", "da", "ka" secara jelas. Bahkan semasa menangis pun vokal suaranya sangat lantang dan dengan penuh intonasi. Pada usia 32 minggu, ia akan mampu mengulangi beberapa suku kata yang sebelumnya sudah mampu diucapkannya. Pada usia 48 minggu, seorang anak mulai mampu sedikit demi sedikit mengucapkan sepatah kata yang bermakna. Selain itu, ia mulai mengerti kata "tidak" dan mengikut intonasi sederhana seperti "bye-bye" atau main "cak-baa". Ia juga mulai mampu meniru bunyi binatang seperti "guk", "kuk", "cak".

1 tahun - 18 bulan

Pada usia setahun, seorang anak akan mampu mengucapkan dua atau tiga patah kata yg bermakna. Sebenarnya, ia juga sudah mampu memahami sebuah objek sederhana yang ditunjukkan padanya. Pada usia 15 bulan, anak mulai mengucapkan dan meniru kata yang sederhana dan sering didengarnya untuk kemudian mengekspresikannya pada keadaan/ situasi yang tepat. Usia 18 bulan, ia sudah mampu menunjuk objek-objek yang dilihatnya di dalam buku dan dijumpainya setiap hari. Selain itu ia juga mampu menghasilkan lebih kurang 10 kata yang bermakna.

2 tahun - 3 tahun

Seorang anak mulai menguasai 200 - 300 kata dan gemar bercakap sendirian (bermonolog). Anak2 akan mula memperhatikan kata-kata yang baru didengarnya untuk dipelajari secara diam-diam. Mereka mulai mendengar pesanan2 yang bermakna, yang memerlukan perhatian dengan penuh minat dan perhatian. Perhatian mereka juga semakin luas dan semakin bervariasi.

Mereka juga semakin lancar bercakap, meski pun percakapannya masih belum sempurna. Anak di usia ini juga semakin tertarik mendengar cerita yang lebih panjang dan kompleks. Jika diajak bercakap-cakap, mudah bagi mereka untuk melompat dari satu topik perbicaraan ke topik yg lain.

Selain itu, mereka sudah mampu menggunakan kata hubung seperti "dengan", misalnya "ani pergi ke pasar dengan ibu", untuk menggambarkan dan menyambung dua situasi yang berbeza.

Pada usia ini mereka juga boleh menggunakan kata "aku", "saya" "kamu" dengan baik dan benar. Dengan kata-kata yang mereka fahami, mereka semakin memahami perbezaan antara yang terjadi pada masa lalu, masa kini dan masa sekarang.

3 -4 tahun

Anak mulai mampu menggunakan kata-kata yang bersifat perintah; hal ini juga menunjukkan adanya rasa percaya diri yang kuat dalam menggunakan kata-kata dan menguasai keadaan. Mereka mudah sekali mengenali kata-kata baru dan terus berlatih untuk menguasainya.

Mereka menyedari, bahawa dengan perkataan mereka dapat mengendalikan situasi seperti yang diinginkannya, mampu mempengaruhi orang lain, dapat mengajak teman-temannya atau ibunya bermain.

Mereka juga mulai mengenali konsep-konsep tentang kemungkinan, kesempatan, dengan "andaikan", "mungkin", "misalnya", "kalau". Perbendaharaan katanya semakin banyak dan bervariasi seiring dengan peningkatan penggunaan ayat yang utuh. Anak-anak itu juga semakin kerap bertanya sebagai ungkapan rasa ingin tahu mereka, seperti "Mengapa dia Mak?", "Dia buat apa tu Mak?", "Nak ke mana?"

Yang paling penting ialah sebagai ibu bapa, kita mestilah menghabiskan masa sekurang-kurangnya 2 jam sehari untuk berkomunikasi dengan anak-anak untuk mengeratkan hubungan dan meningkatkan daya pertuturan mereka Sekaligus dapat mengenali isi hati anak kita dengan lebih mendalam.
Labels: 0 comments | edit post
Cikgu moon
Sebuah hadis Nabi s.a.w. bermaksud:
Diangkat pena itu kerana tiga perkara: Seorang kanak-kanak kecil sehingga dia dewasa,
orang yang sedang tidur sehingga terjaga dan orang gila sehingga dia normal kembali. (Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)

Makna diangkat pena itu ialah mereka tidak dipertanggungjawabkan untuk menunaikan sebarang ibadat. Agama Islam menjaga sifat semula jadi manusia. Kanak-kanak harus dilatih sejak kecil lagi supaya mahir melakukan ibadat dan taat kepada Allah s.w.t.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: Suruhlah anak-anakmu mengerjakan sembahyang ketika umur mereka tujuh tahun dan pukullah mereka jika mereka enggan melakukannya ketika umur mereka sepuluh tahun. (Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)

Puasa juga dikira ibadat dan kewajipan seperti sembahyang. Kita wajib melatih anak-anak menunaikan ibadat ini. Tahap umur berapakah latihan ini mesti dilakukan? Tidak semestinya semasa umur kanak-kanak itu tujuh tahun kerana puasa lebih susah daripada sembahyang. Terpulanglah kepada kemampuan kanak-kanak tersebut.

Jika bapa atau penjaganya mendapati kanak-kanak itu sudah mampu berpuasa, bolehlah dia melatih anaknya berpuasa beberapa hari pada setiap bulan, setahun demi setahun. Misalnya dalam setahun dia melatihnya berpuasa sebanyak tiga hari, pada tahun yang lain selama seminggu, seterusnya dua minggu dan sehingga sebulan penuh. Apabila dia telah baligh, dan ditaklifkan berpuasa, dia tidak lagi susah untuk mengerjakan puasa kerana sudah biasa dan mahir.

Inilah cara Islam melatih kanak-kanak sejak dari kecil lagi dengan adab-adab Islam dan kewajipan-kewajipannya. Seorang penyair berkata, maksudnya:
Adab itu bermanfaat semasa kecil, ia tidak memberi faedah lagi ketika telah dewasa.


Cikgu moon
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Semoga kita bersama-sama mendapat keberkatan dalam ramadhan kali ini
Labels: 0 comments | edit post
Cikgu moon
Hari ini aku tak balik pilah.. sebab suamiku ada LDP esok kat sekolah.. Mungkin lepas tu balik kot.. tak dapat nak dipastikan lagi. Sekarang ne aku tengah keliru.. dapat ke tidak sambung GSTT ne.. Walaupun tak dapat sambung macam orang lain awal bulan hari tu... tapi hati masih berharap.. nak2 aku memang tak bekerja sekarang.. Walaubagaimanapun... terkejut jugak aku lepas tengok kenyataan akhbar menyatakan Guru GSTT ne akan disambung balik... aku pun takde lah excited mcm dulu.. sebab dah kena awal tahun hari tu... berita gempak je.. tapi tak ramai pun disambung balik.. Bak kata kebanyakkan kawan... mungkin PROPA JE... mungkin.. siapa tahu.. nak pilihan raya ne..

Tapi yang menjadi kemuskilan aku ne.. ppd pilah yang call kata aku dapat sambung.. punyalah suka tak terkata... tetapi.. dia kata kena tunggu surat dari jpn.. tak tahu mula bila... dia kata bukan untuk diserap.. tetapi untuk sambung kontrak.. katanya, kalau ader rezeki insya allah.. adalah...

Berbalik kepada perkataan REZEKI, sememangnya aku berpegang pada yang satu.. dulupun aku dah merasa dengan jelas tentang rezeki iaitu anak... dah 4 tahun menunggu.... akhirnya memang ada rezeki....

Begitu juga dengan kali ini.. tak tahulah dapat ke tidak.. sebab selagi tak dapat surat... tak de bukti yang mengiyakan apa yang dikatakan oleh ppd tu.. Masalahnya bila diaorang nak telefon???? Aku call Cik Eva JPN pulak, dia kata nanti semak pada jpnns senarai nama yang berjaya... katanya.. Hai..mcm2la...kenalah tunggu dulu mcmmana keadaannya..

Kalau lah dapat.......
Cikgu moon
mINGGU LEPAs Balik Pilah.. Dah sebulan tak balik rasanya...
Minggu lepas memang tak makan kat rumah..
Sabtu ahad je pergi kenduri..
kenyang makan daging kambing yoo..
Lepas tu.. reseki durian dan rambutan..
Sangatlah sedap..
Dah lama tak makan...
apalagi....
makan tak ingat...
Adam tak makan...
TAPIIIII......
 suka pegan duri durian..
Aidil pulak.... peh...
makan tak ingat. tapi dapat rasa sikit je.. bagi banyak2 baby lagi...
Cikgu moon
Sejak balik dari beli baju semalam, anakku adam, tak senang duduk dapat baju baru.. Marah betul aku masukkan baju dalam washing machine...Tadi, tiba2 badan dia panas.. nak deman.. sempat gak masukkan ubat dalam botol susu dia.. akhirnya tertido..

Nak dijadikan cerita semalam husband aku tukar susu.. selalu Adam memang takde masalah langsung bila tukar susu.. Dumex dia minum, Dutch Lady pun Minum.. Tapi semalam papa dia belikan susu fernleaf...
Aku buatkan susu, dia tak nak minum...start malam tadi, sampai la papa dia balik sekolah petang tadi.. tak minum susu dia.. Yang dia minum air blackcurrant je.. sian pulak.. makan pun takde selera.. tak nak minum susu..
Nasib baik papa balik sekolah terus beli dutch lady.. Dapatla minum.. Agak2nye demam tak dapat minum susu agaknya..

mARi sOLAt