haii diari..
Selamat tengahari..
Hari ini hari ahad. Perancangan kami sekeluarga nak balik kampung..yeeeaahh.. mana lagi.. kuala pilah lah...
Kenapa aku tak balik jumaat @ sabtu? heheh sebabnya hari ne sukan sekolah husbandku..so.. isnin cuti..
Kami memang plan nak balik.. nak cari lemang.. mak pun dah siapkan rendang katanya..memang bestlah...
Cadangan aku nak bawak anak2 pegi sekolah suami nak tgk sukan... tup.tup.. hero2ku bangun lambat... malas lah nak pegi.
sebabnya nak masak tuk anak2... hari ini aku masak nasi goreng jelah + goreng nuget... jadilah...
Nak coret sikit tentang pengalaman semalam berjalan2 di sekitar ikea dan the curve... memang memenatkan.. kami bukan beli sangat pun... pegi the curve.. tgk wayang... citer karton lagi.. heheh... untuk hero yang ke'boringan' berkurung di rumah..
hujung minggu la kalau nak berjalan pun... lepas tgk wayang kami pegi ikea jap.... pehh.. memang memenatkan... rancangannya.. nak cari idea dan survei apa yang menarik untuk rumah...
kami pun dalam perancangan nak beli rumah yang kami sewa..
harap2nya keputusan nak beli rumah ne betul sebabnya...aku tak posting lagi...
insya allah.. bila sebut pasal posting... tawakal kepada allah...semua ketentuannya... aku bersyukur jugak... dapat meluahkan masa bersama anak2 dan suami...sebab selama ini kami duduk berjauhan je..
pasangan hujung minggu je... takpelah... kesabaran pastinya akan membuahkan hasil yang menggembirankan...
sudah tentu ramadhan kali ini istimewa kerana kami tinggal bersama....
oklah... siap2 nak balik kampung tercintaku....
Assalamualaikum...
Hari ini masuklah hari ke-4 aku berada di Selayang dan 4 hari jugalah aku tamat praktikal... janggal jugak sebab pagi2 bangun dah pergi sekolah... tapi tak pe.. sebelum ne pun situasi yang dirasai tetap sama bila tamat jadi guru sandaran satu masa dulu... heheh.. tapi kali ini istimewanya... tamatlah sudah diploma pendidikan.. tinggal tunggu result, konvo dan seterusnya posting... alam belajar di usia 30an memang mencabar dan menyeronokkan... masak praktikal lagi seronok... guru-guru tak rasa pun kita ne macam praktikal... pelajar lagi lah... ingat kita cikgu tetap... sampailah dah nak abis baru tersedar aku dan rakan2 cuma cikgu praktikal... tak pelah... aku pulak memang tak sempat nak update apa2 masa praktikal.. sebab... faham2LAH line internet slow di kuala pilah..
Aku nak luahkan sedikit sepanjang masa praktikal.... dah tentulah di kuala pilah.. macam2 pengalaman dan pahit manis dapat dirasai...baik dengan guru-guru, pelajar dan pengurusan sekolah keseluruhannya... aku cuma menilai dan memerhati dari sudut pandangan aku sendiri... pertama, aku merasakan.. pelajar hari ini sangat membimbangkan dari kesopanan dan kesantunan..ada yang sanggup biadab dengan guru,, sikap hormat memberi salam, ringan tulang sangat2 tiris dalam kehidupan mereka... mungkinkah sekolah tidak membudayakan atau tidak ada penegasan dalam menangani isu pelajar.... aku merasakan peraturan memang..tapi dari sudut pelaksanaannya.. amat kurang memuaskan.. contohnya,.. pelajar tidak boleh balik awal.. tapi tetap ada juga pelajar yang balik awal, ponteng, berambut panjang dan sebagainya,... di mana kolaborasi di antara 'jaga' & guru dan pihak lain... entahlah...
sepanjang praktikal juga.. waktu guru ganti memang lumrah dan kami antara guru paling bertuah kerana mesti mendapatnya.. aku bukan tak suka atau tolak... tapi... juga merasakan tiada sistem yang adil kepada guru... terutamanya guru pelatihlah... bayangkan sekolah ada lebhi 80 orang guru. .tapi hari2 nama mesti naik... sebabnya aku menpunyai pengalaman di sekolah di seremban... sistem giliran digunakan... maknanya kebarangkalian seseorang guru itu mendapat relief adalah kurang... takdelah tiap2 hari nak relief..... tapi point aku di sini...aku tetap bersyukur kerana dengan relief yang banyak jugalah aku kenal pelajar yang tak di ajar...
selain itu, aku merasakan aku dan rakanku bertuah kerana mendapat guru pembimbing yang sangat fleksibel. aku boleh anggap dia sebagai pemudahcara... yang sukar dimudahkan, yang berat diringkan... kata2 yang paling melekat sampai sekarang.... 'ini semua dunia je'... hehehe aku bersyukur kerana ada juga rakan lain yang mendapat guru pembimbing yang agak cerewet... padaku, cerewet perlulah bertempat... janganlah sampai seperti ketam mengajar anaknya berjalan... tapi pada aku senang je... yang baik aku akan ambil buat teladan.. yang kurang aku jadikan sempadan sahaja. :)
Apa2 pun berbalik kepada masa menganggur sekali lagi ne... aku nak plan something... tapi tak tahulah jadi ke tidak... harap2nya menjadilah... hehehehe
oklah... sampai sini dulu.... panjang sangat tulis dah ne... lenguh tangan.. ok bye..
assalamualaikum.
YEEEEEHHHH..
Assalamuallaikum dan salam sejahtera kepada mereka yang membaca blogku ini.
Hari ini adalah hari ke 3 aku sekeluarga bercuti di kelantan.. memang seronok tak terkata... sebab dah lama x balik... mak mertua pula masak semuanya sedap2.. memang hilang diet untuk seminggu.... hehehe.. apa pun.. cuti sekolah ne memang ditunggu2 untuk merehatkan otak setelah sebulan praktikal...bukan melupakan segal-galanya tapi untuk seketika.. TMS tetap dalam ingatan.. hehehe... Rindu pulak dengan budak kelas 2E yang semuanya lelaki2 yang sememangnya mempunyai pelbagai variasi perangai yang menuntut aku berfikir keras untuk mengubah minat belajar mereka dari malas kepada syg untuk belajar..... minggu sebelum cuti adalah minggu paling beharga buat aku dengan mereka... kerana aku rasakan berjaya menarik minat mereka.... lagi terkasima aku bila ada seorang budak dalam kelas tu anaknya cikgu disekolah tu yang dtg jumpa aku... terkejuzzzz... sbb?? anak dia kata cikgu MAZMON ajar best... harap2nya besatlah.. aku cuma ajar ikut kehendak dan selera mereka... maklumlah.. budak2 kalau ajar cara chalk and talk.. memang tidolah... sekarang ne cabaran aku 1..... fikir nak tarik beberapa pelajar yg ponteng dan liat nak belajar.... .
harap2nya... berjaya.. doakan aku...
Semoga aku dan rakan2 menjadi guru cemerlang dunia dan akhirat... am innnnnnn.
Dear Diari...
Assalamualaikum.. dan selamat pagi..
Hari jumaat yang indah dan nyaman.. disusuri dengan hujan yang turut dengan lebatnya... Aku bersyukur kepada ALLAH dengan izin dan limpah kurniaNya aku hidup lagi di dunia ini... Alhamdullillah dan syukur segala perjalanan hidupku di UPSI telah berakhir dan hanya membilang hari untuk memulakan praktikal di Sekolah.. Begitu juga dengan result yang keluar baru-baru ini. Pada mulanya aku sangat kecewa yang teramat sangat kerana tak dapat capai target iaitu 4flat.. memang kecewa teramat sangat dan aku rasa hanya tuhan yang tahu.. kenapa? Semua subjek yang ada final aku dpt A kecuali satu subjek ne je iaitu KPD(Kaedah Mengajar) dapat A-.. Aku rasa sakit hati dan kecewa dan rasa marah dengan Lecturer aku iaitu DR. K. emmmm Memang 1 hari aku sakit hati, geram dan marah pada dia. Sebab???? Sebab aku dah bagi sepenuh hati dengan assigment untuk subjek tu.. korang mungkin tak rasa apa yang aku rasa... tambahan pula aku bukan jenis yang ambil mudah bila exam.. mungkin housemate aku tahu aku mcm mana orgnya... tapi entahla... lepas satu hari aku cuba menenangkan fikiran gara-gara A- yang Dr. K bagi pada aku.... Bila aku fikiran dan renung kembali... memang aku selalunya tidak ditakdirkan untuk mendapat sesuatu yang sempurna.. Aku juga sedar bahawa sesuatu yang berlaku ada hikmahnya.. Ya betul salah satu hkmah yang aku rasa ialah supaya aku sentiasa berusaha tanpa memikirkan hasil yang akan diperolehi.. Lagi pun, result yang tinggi juga tidak ada juganya jika kita guna ilmu yg kita pelajari itu dengan baik.. Alhamdulillah.. housemate aku semuanya dapat result yang tinggi dan semuanya lebih tinggi dari aku... tahniah kepada mereka..Cemburu?? Pada mulanya ya. tapi rezki masing2.. tak perlu nak iri hatikan... lagi pun.. selamat ini aku sentiasa mendoakan kami semua berjaya.. bukan setakat guru yang berjaya di dunia tetapi di akhirat. Pasal Dr. K.. emm aku redha dengan apa yang Dr. bagi. Aku tidak menidakkan profesional Dr. Sebagai pensyarah.. Mungkin aku akan merindui saat belajar dalam kelas KPD....mana taknya..suka bertekak dengan pensyarah.. baik dengan Dr K mahupun Dr. Jane. Aku berterima kasih kerana Dr. K dan lain-lain pensyarah kerana selalu memberikan dorongan dan motivasi malah membuka mata bukan mudah nak menjadi guru walaupun ramai yang kat kerja guru mudah. Mudah bagi mereka yang tidak cuba menjadikan kerjaya guru ini diluar kebiasaan.. oklah... mood gembira dan kembali bersemangat untuk menjalani praktikal... ya allah, jadikanlah aku dan rakan-rakanku guru yang cemerlang di dunia dan akhirat.. ameen....
wasalam.
Dear Diari..
Assalamualaikum semua..
Penat betul rasanya hari ini.. memang hilang tenaga buat aktiviti outdoor tadi... mana taknya... kena buat khemah.. masuk hutan.. mengadap 6 check point... bnyk giler kan... redah lumpur.. mandi sungat... merentas hutan yg sgt curam dan macam2 lagi lah... memang kepenatan aku dan rakan2 lain....
Hari ini ada adalah untuk sesi 1.. diaorang bahagi pulak 2 sesi iaiti a dan b.. pendek citer aku dapat sesi b.. maknanya kenalah buat outdoor dulu.... tadilah... yg group b kena la indoor... lebih kepada dgr ceramah... hhuhuh
Tapi bukan itu yg hendak dikongsikan.. tapi kelemahan pengurusan BIG diupsi yang dipersoalkan...
Pendek cerita kami ne dibahagikan kepada 15 kumpulan.... tapi dipecah2kan tuk buat aktiviti.. tapi yg menjadi persoalan.. tidak semua kumpulan dilepaskan... kena tunggu setiap kumpulan selesai tugasan check point pertama barulah dilepaskan group kedua.. bayangkanlah lama x lama kami tunggu... dari bersemangat langsung x semangat..
Bayangkanlah nak masuk hutan group aku group ke tiga.. tapi leh masuk hampir pukul 12 tghari... kawan aku group ke5.. tapi masuk hutan pukul 2 ... haiyooo laha aaaiii... camno jadi camtu pun tak tahulah... mana salah dan silap pun tak tahulah...
Tapi aku rasa penganjur patut amik iktibar apa yg berlaku pd hari ini.. terutama dr sudut pengurusan masa... supaya BIG sesi lain akan lebih baik dari yg berlaku hari ini..
oklah.. esok nak sambung big sesi indoor.Harap2 tak membosankan...
seskian..
koleksi gambar BIG

