YEEEEEHHHH..
Assalamuallaikum dan salam sejahtera kepada mereka yang membaca blogku ini.
Hari ini adalah hari ke 3 aku sekeluarga bercuti di kelantan.. memang seronok tak terkata... sebab dah lama x balik... mak mertua pula masak semuanya sedap2.. memang hilang diet untuk seminggu.... hehehe.. apa pun.. cuti sekolah ne memang ditunggu2 untuk merehatkan otak setelah sebulan praktikal...bukan melupakan segal-galanya tapi untuk seketika.. TMS tetap dalam ingatan.. hehehe... Rindu pulak dengan budak kelas 2E yang semuanya lelaki2 yang sememangnya mempunyai pelbagai variasi perangai yang menuntut aku berfikir keras untuk mengubah minat belajar mereka dari malas kepada syg untuk belajar..... minggu sebelum cuti adalah minggu paling beharga buat aku dengan mereka... kerana aku rasakan berjaya menarik minat mereka.... lagi terkasima aku bila ada seorang budak dalam kelas tu anaknya cikgu disekolah tu yang dtg jumpa aku... terkejuzzzz... sbb?? anak dia kata cikgu MAZMON ajar best... harap2nya besatlah.. aku cuma ajar ikut kehendak dan selera mereka... maklumlah.. budak2 kalau ajar cara chalk and talk.. memang tidolah... sekarang ne cabaran aku 1..... fikir nak tarik beberapa pelajar yg ponteng dan liat nak belajar.... .
harap2nya... berjaya.. doakan aku...
Semoga aku dan rakan2 menjadi guru cemerlang dunia dan akhirat... am innnnnnn.
Cikgu moon
Dear Diari...
Assalamualaikum.. dan selamat pagi..
Hari jumaat yang indah dan nyaman.. disusuri dengan hujan yang turut dengan lebatnya... Aku bersyukur kepada ALLAH dengan izin dan limpah kurniaNya aku hidup lagi di dunia ini... Alhamdullillah dan syukur segala perjalanan hidupku di UPSI telah berakhir dan hanya membilang hari untuk memulakan praktikal di Sekolah.. Begitu juga dengan result yang keluar baru-baru ini. Pada mulanya aku sangat kecewa yang teramat sangat kerana tak dapat capai target iaitu 4flat.. memang kecewa teramat sangat dan aku rasa hanya tuhan yang tahu.. kenapa? Semua subjek yang ada final aku dpt A kecuali satu subjek ne je iaitu KPD(Kaedah Mengajar) dapat A-.. Aku rasa sakit hati dan kecewa dan rasa marah dengan Lecturer aku iaitu DR. K. emmmm Memang 1 hari aku sakit hati, geram dan marah pada dia. Sebab???? Sebab aku dah bagi sepenuh hati dengan assigment untuk subjek tu.. korang mungkin tak rasa apa yang aku rasa... tambahan pula aku bukan jenis yang ambil mudah bila exam.. mungkin housemate aku tahu aku mcm mana orgnya... tapi entahla... lepas satu hari aku cuba menenangkan fikiran gara-gara A- yang Dr. K bagi pada aku.... Bila aku fikiran dan renung kembali... memang aku selalunya tidak ditakdirkan untuk mendapat sesuatu yang sempurna.. Aku juga sedar bahawa sesuatu yang berlaku ada hikmahnya.. Ya betul salah satu hkmah yang aku rasa ialah supaya aku sentiasa berusaha tanpa memikirkan hasil yang akan diperolehi.. Lagi pun, result yang tinggi juga tidak ada juganya jika kita guna ilmu yg kita pelajari itu dengan baik.. Alhamdulillah.. housemate aku semuanya dapat result yang tinggi dan semuanya lebih tinggi dari aku... tahniah kepada mereka..Cemburu?? Pada mulanya ya. tapi rezki masing2.. tak perlu nak iri hatikan... lagi pun.. selamat ini aku sentiasa mendoakan kami semua berjaya.. bukan setakat guru yang berjaya di dunia tetapi di akhirat. Pasal Dr. K.. emm aku redha dengan apa yang Dr. bagi. Aku tidak menidakkan profesional Dr. Sebagai pensyarah.. Mungkin aku akan merindui saat belajar dalam kelas KPD....mana taknya..suka bertekak dengan pensyarah.. baik dengan Dr K mahupun Dr. Jane. Aku berterima kasih kerana Dr. K dan lain-lain pensyarah kerana selalu memberikan dorongan dan motivasi malah membuka mata bukan mudah nak menjadi guru walaupun ramai yang kat kerja guru mudah. Mudah bagi mereka yang tidak cuba menjadikan kerjaya guru ini diluar kebiasaan.. oklah... mood gembira dan kembali bersemangat untuk menjalani praktikal... ya allah, jadikanlah aku dan rakan-rakanku guru yang cemerlang di dunia dan akhirat.. ameen....
wasalam.
Cikgu moon
Dear Diari..
Assalamualaikum semua..
Penat betul rasanya hari ini.. memang hilang tenaga buat aktiviti outdoor tadi... mana taknya... kena buat khemah.. masuk hutan.. mengadap 6 check point... bnyk giler kan... redah lumpur.. mandi sungat... merentas hutan yg sgt curam dan macam2 lagi lah... memang kepenatan aku dan rakan2 lain....
Hari ini ada adalah untuk sesi 1.. diaorang bahagi pulak 2 sesi iaiti a dan b.. pendek citer aku dapat sesi b.. maknanya kenalah buat outdoor dulu.... tadilah... yg group b kena la indoor... lebih kepada dgr ceramah... hhuhuh
Tapi bukan itu yg hendak dikongsikan.. tapi kelemahan pengurusan BIG diupsi yang dipersoalkan...
Pendek cerita kami ne dibahagikan kepada 15 kumpulan.... tapi dipecah2kan tuk buat aktiviti.. tapi yg menjadi persoalan.. tidak semua kumpulan dilepaskan... kena tunggu setiap kumpulan selesai tugasan check point pertama barulah dilepaskan group kedua.. bayangkanlah lama x lama kami tunggu... dari bersemangat langsung x semangat..
Bayangkanlah nak masuk hutan group aku group ke tiga.. tapi leh masuk hampir pukul 12 tghari... kawan aku group ke5.. tapi masuk hutan pukul 2 ... haiyooo laha aaaiii... camno jadi camtu pun tak tahulah... mana salah dan silap pun tak tahulah...
Tapi aku rasa penganjur patut amik iktibar apa yg berlaku pd hari ini.. terutama dr sudut pengurusan masa... supaya BIG sesi lain akan lebih baik dari yg berlaku hari ini..
oklah.. esok nak sambung big sesi indoor.Harap2 tak membosankan...
seskian..
koleksi gambar BIG
Cikgu moon
aSSALAMUALAIKUM dIARI...
alhamdullillah.. selesai sudah peperiksaan akhir bagi sem 2 ini... pejam celik, pejam celik...tinggal nak praktikal je kat sekolah.. cerita pasal exam... insya allah bolwh buat... tapi tak pastilah boleh baiki result yg lepas atau tidak... harap ada peningkatan.... esok bermulalah kursus bina insan guru BIG diupsi.. nasib 2 hari je...heehhee.. tu pun 1 hari indoor, 1 hari outdoor... oklah tu.. kawan2 rumah semua dah siap2 kemas... dah clean n clear pun ada.. tapi aku je masih tak de rupa nak balik... insyaallah sempat lagi kemas,... hari selasa baru nak bawak balik semuanya... jenuhla mengangkat nanti.. peti ais, meja, pinggan mangkuk, besi almari... toto.. fuhhhh macam2.. tak pe.. sumbat je nanti...
oklah.. nak rehat.. esok nak masuk hutan.. harap semuanya ok dan tidak ada masalah....
Cikgu moon
aSSALAMUALAIKUM DIARI.
Hari ini terasa masa begitu panjang bagi aku.. mana taknya.. seharian duduk di bilik bertemankan nota pemikiran kritis dan kreatif... huuu... bila duk sorang2.. rasa kosong pulak... emmm... study.. rehat... tido kejab... study balik... berhenti makan... then, study balik.. tulah kojo eh.. minggu ne tak balik jumpa my heroes termasuklah papanya... emmm rindu mereka... apa nak buat.. terpaksalah.. demi exam... tapi suara mereka tetap didengari setiap hari... adam zafwan.. pandai sgt cakp... seronok cakap kat telefon... dah mcam borak dengan kawan... tak pelat langsung... hehee siap suruh mama dia ne baca buku lagi.. alahaiii sweetnye.. anak mama... adik pulak... masih lagi dengan bahasa dia... boleh lah... tapi ada perkembangan... aktif sangat... rindu nak peluk cium diaorang... minggu ne tak dapat nak tido sama... minggu depan mama balik... kita boleh duduk selayang ye... oklah.. sambung study balik....
ya allah, permudahkan segala urusanku... amin ya rabbalalamin...
Cikgu moon
assalamualaikum..
Akhirnya... penantian sem 2 ini hampir ke penghujungnya.. hari ini bermula 1 paper iaitu kajian tindakan dalam pendidikan.. oklah... soalan semua dah ada dalam tips.. cuma rasa kesuntukan masa nak jawab esei.. mana taknya 5 soalan struktur 2 soalan esei.. heheh .. apa pun... oklah... tutup buku kajian tindakan... bukak buku pemikiran kritis dan kreatif pulak... hari ini aku tido sorangla... shida, amalina dan hana dah selamat sampai seremban... tak pelah.. masing2 ada urusan.. kebetulan aku, dan suami aku sendiri nasihatkan suruh stay sini.. study katanya...heheheh.. insya allah.. masa itu emas.. tak kan dibiar pergi begitu saja tanpa pengisiaan... oklah... rehat dulu.. assalamualaikum..

