Cikgu moon
Dah lama nak buat coklat ne... Duk usha2, cari kat internet...nii kali kedua aku buat..

1st time buat guna cooking coklat tak berapa sedap.. tapi abis jeee anak aku makan...

Barang semua dah ada.. tinggal nak buat je tak sempat2.. al maklum lah dah hero ada 2.... tapi nak buat juga punya pasalkan...

ha... tido pukul 3 pagi.. tadi.. mana taknya..adam pun larat tunggu sampai pukul 2 je.. hehehe

mama... nakk..cokelat..

tau tak time ne pukul berapa?  ha.. baru pukul 12 tgh malam.. baru nak sediakan barang

Banyak tul keje kalau nak warna2 ne.. aku yg tak mahir slow la sikit...

Nee laaa hasilnya.... sedapnyaaa.....

                                                                                                                     
    
    

Combinasi color : COKLAT, PUTIH & PINK
Cikgu moon
Assalamualaikum....


Rasanya dah lama aku tak men ' udpdate' blog ne... mula2 rajin sungguh... lepas cuti sekolah... slow pulak.. hehehe..

Malam tadi, lepas isyak, aku sekeluarga keluar pergi pasar malam kat selayang nee... biasalah.. hari KHAMIS, mmg pi pasar mlm...

Di pendekkan cerita, dah pilih makanan... lalu la pulak kat area yg luar mainan.... apalagiii

Adam menjerit...macam biasa...... AMEEEEENNNN...(ultraman)
nak amen...nak amen... kesian pulak...

So... nak tak nak kitaorang pun belilah satu.. yang ader amen banyak siap dengan raksasa sekali....

AIDIL??? ......zzzzzzzzzzzz boleh je dia tido sambil aku dukung....ememm... kat pasar mlm tgh org bising lalu lalang tuu.... sedap pulak dia tido... layan jeee....

Sambung citer Adam tadi.... Sampai je rumah.... biasala... husband n i... dah lapar... terus makan...ADAM???? ....Taknak makan..... sanggup layan... amen baru beli tadiiii...

Bolehkan nak tido tadi punn... dia boleh berimaginasi lagi... amen & raksasa tuu... layannnnnn...

Tulah.. OKLAH....ne lah yg sempat aku coretkan setelah sekian lama tak merekodkan cerita....

...........................................
Cikgu moon

1. Wanita yang terlalu mudah mempercayai lelaki.

Dah sayang la katakan… jadi apa sahaja yang lelaki/pasangan katakan, kepercayaan adalah seratus peratus. Maksudnya ialah wanita yang percaya membuta-tuli dan menerima apa sahaja tanpa menggunakan akal fikiran yang waras adalah amat tidak wajar.

Ingat! Lelaki yang berterus-terang dan jujur dengan pasangannya akan menyatakan, menjelaskan dengan selengkapnya tentang apa yang ditanya atau diragui oleh pasangannya. Dia tidak akan menyembunyikan apa pun kerana baginya, wanita yang disayanginya bukan sahaja tempat berkasih, malah tempat berkongsi apa sahaja. Lagi pun, nak rahsia apa, bukan dengan orang lain?

2. Wanita yang “terdesak” untuk berkahwin.

Kerisauan terhadap faktor umur yang meningkat, tekanan ibu bapa, pandangan masyarakat, dan juga kerisauan terhadap peluang untuk mendapatkan cahaya mata yang semakin kurang jika kahwin lewat mampu menyebabkan sesetengah wanita seolah-olah “terdesak” untuk mencari pasangan hidup.

Dalam keadaan seperti ini, kadangkala mereka boleh “terlepas pandang” tentang sikap, kualiti, dan peribadi lelaki yang dipilihnya itu.

Wanita yang berkahwin lewat pada zaman ini pula kebanyakannya berkerjaya secara tidak langsung membawa maksud mereka sudah mempunyai tahap kewangan yang stabil.

Ini memungkinkan mereka menjadi mangsa “buaya professional” yang sentiasa mencari peluang untuk mengambil kesempatan ke atas wanita seperti ini. Kalau anda dalam golongan wanita seperti ini, ingat… biar lambat, asal selamat!

3. Wanita “sosial”.

Sosial dalam hal ini ialah suka kepada “night life”, disko, berparti, “clubbing”, pergaulan bebas tanpa had dan hidup dengan falsafah “life is short, so have fun!”, atau “masa muda ni la nak rasa macam-macam..”. Fahamkan maksud saya?

Wanita-wanita ini (lebih ramainya gadis remaja), yang melibatkan diri dengan cara hidup bebas dan sosial seperti ini terang-terangan mendedahkan dan “mengiklankan” diri sendiri kepada “species” lelaki pemangsa wanita.

Bersosial tanpa batasan adalah di antara resepi utama yang menyebabkan ramai wanita dan gadis remaja ditipu sekaligus dirosakkan oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Tepuk dada, tanya selera!

4. Wanita yang tidak mementingkan ilmu.

Wanita yang berilmu dalam konteks ini ialah wanita yang mampu memandu dirinya supaya tidak “terpilih” lelaki penipu dan berbahaya. Sekiranya dia “terjebak” dengan lelaki penipu/berbahaya, dia tahu apa yang perlu dilakukan atau di mana untuk mendapatkan bantuan yang sewajarnya.

Ia juga bermaksud wanita yang mengetahui hak-haknya sebagai wanita dan sebagai seorang isteri. Wanita yang berilmu juga berani “membetulkan” keadaan dan mempertahankan haknya bila perhubungan/perkahwinannya terganggu/diganggu sama ada oleh pihak ketiga atau pasangannya sendiri.

Wanita yang mempunyai segulung ijazah atau Ph.D pun boleh ditipu dan dipermainkan lelaki “species berbahaya” ini…apatah lagi jika wanita yang hanya meletakkan 100% kebahagiaannya ke atas lelaki dan langsung tidak mahu atau mengambil mudah untuk meningkatkan ilmu dalam diri?

5. Wanita melihat “faktor fizikal” sebagai salah satu ciri utama pada lelaki idamannya.

Mudah jatuh cinta dengan lelaki handsome? Atau mungkin juga lelaki “cute”, “macho”, dan mempunyai fizikal yang begitu menggoda hati?

Ingat..semakin “handsome”, “cute”, “sexy” seseorang lelaki itu, sebenarnya semakinlah anda sebagai wanita perlu menggandakan “sistem pertahanan” diri. Kalaulah ramai wanita boleh diperdayakan oleh lelaki yang TAK “handsome” dan seumpamanya, apatah pula risiko ditipu oleh lelaki yang “handsome”?

Nasihat untuk wanita yang mudah “cair” dengan lelaki seperti ini, dan menjadikan lelaki seperti ini sebagai “target” utama ciri bakal pasangan hidupnya: fikir masak-masak!

6. Wanita yang “sabar” tidak bertempat.

Wanita dalam golongan ini boleh kita katakan jenis yang selalu “makan hati berulam jantung”, atau mungkin juga dah sampai tahap “makan tangan berulam kaki”. Dia didera(fizikal atau perasaan), tidak dihargai, sentiasa diambil kesempatan oleh pasangan/suaminya namun masih tetap bersama lelaki itu walaupun dia sedar dia terseksa dan tertekan.

Soalnya di sini, bila diperlakukan sebegitu, dia hanya “berharap” pasangannya akan berubah pada satu masa nanti TANPA mengambil tindakan yang sewajarnya.

Tidak salah bersabar. Malah sabar adalah satu sikap yang baik, dituntut, terpuji, dan mulia. Namun demikian, sekiranya kesabaran itu akhirnya membawa mudarat terhadap diri sendiri, sesuatu perlu dilakukan.

Bersabar walau diperlakukan apa sahaja oleh lelaki/pasangan seperti ini seolah-olah memberi “lesen” kepadanya untuk terus mendera, menipu, dan menghina maruah wanita yang terlibat.

Cikgu moon
Wanita hiasan dunia………
Seindah hiasan adalah wanita solehah...
Yang akan membahagiakan syurga dalam rumah tangga....

Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…

9. Sikap Keibuan

Sikap keibuan membuatkan lelaki terbayang bahawa wanita inilah yang dicari selama ini. Sikap ini membuat lelaki menjadi yakin dan pasti bahawa wanita itu akan menjadi tulang belakang yang kuat kepada bakal keluarganya suatu hari nanti.

10. Sikap Penyayang

Sikap penyayang adalah tonggak kepada keluarga untuk pergi lebih jauh. Seseorang wanita yang penyayang, ialah wanita yang penyabar. Sikap penyabar seorang wanita mencerminkan keimanannya terhadap Allah s.w.t.

Apapun, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan sebaliknya... kesimpulannya, kita sebagai manusia tidak sempurna dan kehadiran lelaki dalam hidup wanita akan melengkapkan ketidaksempurnaan itu.. Sesungguhnya kita perlu menerima pasangan kita seadanya dan yang penting seikhlas-ikhlasnya..  

Labels: 0 comments | edit post
Cikgu moon

Melafazkan maaf atas kesalahan dilakukan memanglah sukar apatah lagi bagi kanak-kanak.
Sifat meminta maaf dapat diterap kepada kanak-kanak apabila ibu bapa melatih mereka mengakui kesalahan sejak kecil. Antara panduan yang boleh dilakukan ibu bapa ialah:

Memberikan contoh secara langsung.

Ibu bapa harus memberikan contoh terbaik kepada anak-anak bagaimana perkataan maaf boleh digunakan. Misalnya, ibu secara tidak sengaja menumpahkan susu anak. Katakan pada anak, "Maaf ya sayang, mama tidak sengaja menumpahkan susu."

Begitu juga dengan kesalahan lain yang dilakukan. Dengan demikian diharapkan anak terbiasa melihat ibu bapa atau orang paling hampir dengannya mengucapkan kata maaf selepas melakukan kesalahan.

Tunjukkan penyesalan menerusi bahasa tubuh.

Lakukan bahasa tubuh menerusi mata ketika mengucapkan kata maaf.
Ini bagi menunjukkan tanda penyesalan anda sehingga anda boleh merasakan penyesalan itu.

Menggenggam tangan anak, memeluk erat atau mencium juga boleh dijadikan contoh ketika memohon maaf.

Namun katakan padanya, pelukan dan ciuman penyesalan hanya boleh diberikan kepada ibu bapa, kakak atau adik saja bukan rakan berlainan jantina. Untuk meminta maaf daripada rakan, cukup sekadar bersalaman saja.

Bahasa tubuh juga sangat berkesan bagi bayi yang belum lancar bercakap.

Dorongan supaya bertanggungjawab.

Selain mengucapkan maaf, minta anak anda bertanggungjawab atas kesalahan dilakukannya.

Umpamanya, jika dia menyenggol rakannya sehingga terjatuh, minta dia melafazkan maaf kepada rakannya itu.

Jika kawannya terluka, minta si kecil memberikan tisu atau ubat luka. Ini sebagai sebahagian pembelajaran mengenai tanggungjawab atas kesalahan dilakukan mereka.

Berikan pujian.

Setelah anak mengucapkan kata maaf, berikan pujian seperti, "Wah bijaknya anak mama, hebatnya kakak kerana sudah pandai meminta maaf."

Ini sekali gus sebagai menguatkan agar apa yang dilakukan anak anda adalah perkara baik dan harus dilakukan berulang-ulang.

Jangan marah.

Paling penting, jangan marah apabila kali pertama anak melakukan kesalahan. Sebaiknya terangkan dengan penuh berhemah supaya dia tahu apa yang dilakukan itu adalah salah.
Kemudian, barulah minta supaya anak meminta maaf atas kesalahan dilakukan.

Mulakan sekarang.

Mulakan budaya meminta maaf di dalam keluarga walau apa jua kesalahan dilakukan sama ada besar atau kecil.

Misalnya, adik meminta maaf kepada kakak, abang meminta maaf kepada adik atau kakak meminta maaf kepada ibu.
Apabila anak-anak sudah terbiasa meminta maaf, mereka akan melakukannya kepada orang lain.
Ini kerana mereka tidak tahu apa yang dilakukan itu satu kesalahan. Kadang kala apabila kita memarahinya, mereka tersenyum dan ketawa seolah-olah seronok melihat kita marah akan mereka.
Labels: 0 comments | edit post
Cikgu moon
Sejak bergelar suri rumah sepenuh masa nii… memang aku mengalami masalah anak sukar tidur malam…mana taknya…kalau tiap-tiap malam tidur pukul 12 ke atas, pening gak dibuatnya.. nak2 petang pun tak nak tidur.. Memang kuat berjaga betul..

Tentu ramai ibu yang lain juga merungut mengenai anak yang susah tidur pada waktu malam. Walaupun sudah ditukar lampin pakai buang atau diberikan susu, anak masih tidak mempunyai waktu tidur berkualiti dan selesa.

Begitu juga bagi ibu yang mempunyai anak kecil berusia dua tahun ke atas, pasti mempunyai masalah sama. Ada yang gemar berjaga sehingga jam 12 tengah malam semata-mata menonton rancangan kegemaran mereka, malah ramai juga yang menghabiskan masa dengan bermain.

Justeru, bagaimana cara paling berkesan bagi melatih anak-anak tidur pada waktu yang sudah ditetapkan?
Ini artikel yang aku baca di internet untuk perkongsian bersama.
* Waktu tidur yang tidak sama pada setiap malam


Ramai ibu yang bekerja dan sibuk pada siang hari akan terburu-buru menidurkan anaknya pada waktu yang dirasakan sesuai.

Ini kerana mereka berasa sangat letih dan berharap dapat berehat awal sekiranya anak-anak sudah tidur. Mengajar anak supaya mengetahui waktu tidur yang sama pada setiap malam sangat penting supaya mereka mencapai tidur malam yang sangat berkualiti.

Namun bentuk kualiti itu bergantung kepada anda. Mungkin dengan cara memandikannya dengan air panas, membantu untuk memberus giginya sebelum tidur atau bercerita kepada anak sebelum tidur dapat membantu anak tidur lebih awal.
Setiap malam, anda boleh memuji anak anda atau ceritakan padanya apa yang membuatkan anda berbangga dengannya.

Memainkan muzik lembut sebelum tidur mampu memberikan mereka ketenangan, seterusnya ucapkan selamat malam. Namun, setiap perkara harus dilakukan secara rutin pada setiap malam untuk menilai cara yang berkesan kepada mereka.

* Elakkan suasana bising dan tegang

Untuk menyenangkan pertukaran waktu tidurnya, pastikan suasana tenang dan selamat beberapa saat sebelum waktu tidur.

Elakkan suasana bising daripada televisyen, alat permainan video dan komputer. Kecilkan cahaya lampu serta pastikan ahli keluarga lain tidak membuat bising.
* Anak anda tidak mahu tidur sendirian
Sekiranya anak anda tidak mahu tidur bersendirian di bilik, beri semangat kepadanya untuk tidur berseorangan serta beri bantuan agar mereka berasa selesa.

Pastikan mereka mempunyai barang kegemaran yang menyenangkan seperti selimut, bantal atau anak patung kesayangan yang akan membuatkan mereka berasa ditemani ketika tidur. Sekiranya mereka takut pada suasana gelap, nyalakan lampu yang redup dan biarkan pintu bilik terbuka.

Sekiranya anak anda tetap menolak untuk tidur sendiri, anda harus berjanji untuk datang memeriksanya setiap 10 minit sehingga dia tertidur.
Ketika pemeriksaan, puji anak anda kerana kehebatannya mahu tidur sendiri. Ingatlah, anda sebenarnya sedang membantunya untuk tidur sendiri. Sekiranya anda menemaninya sepanjang malam, perkara itu yang akan dimintanya keesokan hari.

* Anak anda tetap keluar dari bilik tidur

Setelah anda menghantar anak anda masuk ke bilik tidurnya, sebaiknya anak anda tidak boleh bangun dan keluar dari kamar tidurnya.

Jika dia tetap bangun, bawa dia masuk semula ke bilik. Lakukan berkali-kali jika perlu. Anda mungkin juga boleh menutup pintu atau meletakkan sesuatu sebagai batas supaya pintu tidak tertutup sepenuhnya.

* Anak tidak mahu tidur sehingga lewat malam

Sekiranya anda sudah menetapkan masa tidur anak pada jam 9 malam, sebaiknya waktu itu harus dipatuhi. Jika tidak berkesan, cuba atur kembali waktu tidurnya pada siang hari supaya dia tidak tidur terlalu lama.

Anda boleh cuba sedikit demi sedikit untuk mempercepatkan waktu tidurnya tetapi anda harus patuh pada jadual yang sudah dibuat.

* Anak berjaga sepanjang malam

Sekiranya si kecil anda terjaga pada waktu malam, biarkan dia selama beberapa minit sehingga dia kembali tenang.
Jika tidak, pergilah ke bilik tidurnya dan tenangkan dia di sana.

Katakan padanya, ini adalah waktu tidur dan dia harus tidur seperti biasa.

* Anak mahu tidur di hadapan televisyen

Sekiranya anak anda merengek dan menangis meminta supaya tidur di hadapan televisyen, anda tidak seharusnya mengalah. Anda harus bersabar dan berusaha mengabaikan semua permintaan dan tangisannya.

Belum terlambat untuk mengajar kebiasaan tidur yang baik padanya. Jika anak anda mendesak, beritahu padanya harapan anda terhadapnya dan patuhi jadual waktu yang sudah dibuat.
Lama-kelamaan anak akan faham jadual waktu

Labels: 2 comments | edit post

mARi sOLAt