Cikgu moon
 
Seronok melihat perkembangan anak kita bercakap.. Aku sendiri sangat teruja apabila anak bercakap dan meminta sesuai.. Walaupun masih tidak fasih, namum mereka menunjukkan semangat dalam berkomunikasi.. Ini antara perkataan yang anakku Adam Zafwan..
1. ''mama, abg nak 'amen' ( abg nak ultraman)
2. ''mama, abg nak 'oyen' ( abg nak oren)
3. ''mama, abg 'iyak' (abg berak)
4. ''nak 'usu' (nak susu)

Nombor dah boleh dah.. tapi ini bunyinya :

atu, uwa, tiga, epat, lima, enam, tujuh, apan,sembilan, seuluh...oklah...

Itu sebahagian daripada perkataan yang biasa.. banyak lagi yang melucukan...

Sekarang ni pulak, Aidil Zaquan.. sedang aktif nak berjalan sambil bercakap... antara perkataan yang sedang dalam proses ialah :
1. mama. ( Lancar sebutannya)
2. atuk ...... ataaaah ( belum betul lagi)
3. papa.....abbaaah ( pun tak betul lagi)

Memang seronok...

Kat sini juga aku nak kongsikan maklumat yang boleh dikongsi bersama :

Tahap Perkembangan Kemampuan Anak Bercakap


0-8 Minggu

Pada masa awal, seorang bayi akan mendengar dan mencuba mengikuti suara yang didengarnya. Sebenarnya tidak hanya itu, sejak lahir ia sudah belajar mengamati dan mengikuti gerak tubuh serta ekspresi wajah orang yang dilihatnya dari jarak tertentu. 

Walaupun masih bayi, seorang anak akan mampu memahami dan merasakan adanya komunikasi dua arah dengan memberikan respon lewat gerak tubuh dan suara.
Sejak dua minggu pertama, anak sudah mula terlibat dengan perbualan, dan pada minggu ke-6 ia akan mengenali suara ibunya, dan pada usia 8 minggu,anak mulai mampu memberikan respon terhadap suara yang dikenalinya.

8-24 Minggu


Setelah si anak pandai mengekspresikan dirinya melalui gerak tubuh, si anak akan mula bercakap dengan bahasa-bahasa yang mudah dan lucu didengari ... "eh", "ah", "uh", "oh" dan disusuli dengan konsonan "m", "p", "b", "j" dan "k". Pada usia 12 minggu, si anak sudah mula bercakap "aaahhh", "bahbah", "gaagaa" dan pada usia 16 minggu, ia akan berupaya utk ketawa atau menjerit riang dan suka merungut atau merengek. Pada usia 24 minggu, si anak mulai berkata "ma", "da", "ba" dan sebagainya. Pada peringkat usia ini, si anak sudah mula menunjukkan tanda-tanda yang dia mampu fahami apa yang orang lain katakan padanya. Jika anda sedar, pada peringkat ini, si anak suka mengulangi bercakap apa yang didengari dari suaranya sendiri.

28 minggu - 1 tahun

Usia 28 minggu seorang anak mulai mampu mengucapkan "ba", "da", "ka" secara jelas. Bahkan semasa menangis pun vokal suaranya sangat lantang dan dengan penuh intonasi. Pada usia 32 minggu, ia akan mampu mengulangi beberapa suku kata yang sebelumnya sudah mampu diucapkannya. Pada usia 48 minggu, seorang anak mulai mampu sedikit demi sedikit mengucapkan sepatah kata yang bermakna. Selain itu, ia mulai mengerti kata "tidak" dan mengikut intonasi sederhana seperti "bye-bye" atau main "cak-baa". Ia juga mulai mampu meniru bunyi binatang seperti "guk", "kuk", "cak".

1 tahun - 18 bulan

Pada usia setahun, seorang anak akan mampu mengucapkan dua atau tiga patah kata yg bermakna. Sebenarnya, ia juga sudah mampu memahami sebuah objek sederhana yang ditunjukkan padanya. Pada usia 15 bulan, anak mulai mengucapkan dan meniru kata yang sederhana dan sering didengarnya untuk kemudian mengekspresikannya pada keadaan/ situasi yang tepat. Usia 18 bulan, ia sudah mampu menunjuk objek-objek yang dilihatnya di dalam buku dan dijumpainya setiap hari. Selain itu ia juga mampu menghasilkan lebih kurang 10 kata yang bermakna.

2 tahun - 3 tahun

Seorang anak mulai menguasai 200 - 300 kata dan gemar bercakap sendirian (bermonolog). Anak2 akan mula memperhatikan kata-kata yang baru didengarnya untuk dipelajari secara diam-diam. Mereka mulai mendengar pesanan2 yang bermakna, yang memerlukan perhatian dengan penuh minat dan perhatian. Perhatian mereka juga semakin luas dan semakin bervariasi.

Mereka juga semakin lancar bercakap, meski pun percakapannya masih belum sempurna. Anak di usia ini juga semakin tertarik mendengar cerita yang lebih panjang dan kompleks. Jika diajak bercakap-cakap, mudah bagi mereka untuk melompat dari satu topik perbicaraan ke topik yg lain.

Selain itu, mereka sudah mampu menggunakan kata hubung seperti "dengan", misalnya "ani pergi ke pasar dengan ibu", untuk menggambarkan dan menyambung dua situasi yang berbeza.

Pada usia ini mereka juga boleh menggunakan kata "aku", "saya" "kamu" dengan baik dan benar. Dengan kata-kata yang mereka fahami, mereka semakin memahami perbezaan antara yang terjadi pada masa lalu, masa kini dan masa sekarang.

3 -4 tahun

Anak mulai mampu menggunakan kata-kata yang bersifat perintah; hal ini juga menunjukkan adanya rasa percaya diri yang kuat dalam menggunakan kata-kata dan menguasai keadaan. Mereka mudah sekali mengenali kata-kata baru dan terus berlatih untuk menguasainya.

Mereka menyedari, bahawa dengan perkataan mereka dapat mengendalikan situasi seperti yang diinginkannya, mampu mempengaruhi orang lain, dapat mengajak teman-temannya atau ibunya bermain.

Mereka juga mulai mengenali konsep-konsep tentang kemungkinan, kesempatan, dengan "andaikan", "mungkin", "misalnya", "kalau". Perbendaharaan katanya semakin banyak dan bervariasi seiring dengan peningkatan penggunaan ayat yang utuh. Anak-anak itu juga semakin kerap bertanya sebagai ungkapan rasa ingin tahu mereka, seperti "Mengapa dia Mak?", "Dia buat apa tu Mak?", "Nak ke mana?"

Yang paling penting ialah sebagai ibu bapa, kita mestilah menghabiskan masa sekurang-kurangnya 2 jam sehari untuk berkomunikasi dengan anak-anak untuk mengeratkan hubungan dan meningkatkan daya pertuturan mereka Sekaligus dapat mengenali isi hati anak kita dengan lebih mendalam.
Labels: 0 comments | edit post
Cikgu moon
Sebuah hadis Nabi s.a.w. bermaksud:
Diangkat pena itu kerana tiga perkara: Seorang kanak-kanak kecil sehingga dia dewasa,
orang yang sedang tidur sehingga terjaga dan orang gila sehingga dia normal kembali. (Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)

Makna diangkat pena itu ialah mereka tidak dipertanggungjawabkan untuk menunaikan sebarang ibadat. Agama Islam menjaga sifat semula jadi manusia. Kanak-kanak harus dilatih sejak kecil lagi supaya mahir melakukan ibadat dan taat kepada Allah s.w.t.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: Suruhlah anak-anakmu mengerjakan sembahyang ketika umur mereka tujuh tahun dan pukullah mereka jika mereka enggan melakukannya ketika umur mereka sepuluh tahun. (Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)

Puasa juga dikira ibadat dan kewajipan seperti sembahyang. Kita wajib melatih anak-anak menunaikan ibadat ini. Tahap umur berapakah latihan ini mesti dilakukan? Tidak semestinya semasa umur kanak-kanak itu tujuh tahun kerana puasa lebih susah daripada sembahyang. Terpulanglah kepada kemampuan kanak-kanak tersebut.

Jika bapa atau penjaganya mendapati kanak-kanak itu sudah mampu berpuasa, bolehlah dia melatih anaknya berpuasa beberapa hari pada setiap bulan, setahun demi setahun. Misalnya dalam setahun dia melatihnya berpuasa sebanyak tiga hari, pada tahun yang lain selama seminggu, seterusnya dua minggu dan sehingga sebulan penuh. Apabila dia telah baligh, dan ditaklifkan berpuasa, dia tidak lagi susah untuk mengerjakan puasa kerana sudah biasa dan mahir.

Inilah cara Islam melatih kanak-kanak sejak dari kecil lagi dengan adab-adab Islam dan kewajipan-kewajipannya. Seorang penyair berkata, maksudnya:
Adab itu bermanfaat semasa kecil, ia tidak memberi faedah lagi ketika telah dewasa.


Cikgu moon
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Semoga kita bersama-sama mendapat keberkatan dalam ramadhan kali ini
Labels: 0 comments | edit post
Cikgu moon
Hari ini aku tak balik pilah.. sebab suamiku ada LDP esok kat sekolah.. Mungkin lepas tu balik kot.. tak dapat nak dipastikan lagi. Sekarang ne aku tengah keliru.. dapat ke tidak sambung GSTT ne.. Walaupun tak dapat sambung macam orang lain awal bulan hari tu... tapi hati masih berharap.. nak2 aku memang tak bekerja sekarang.. Walaubagaimanapun... terkejut jugak aku lepas tengok kenyataan akhbar menyatakan Guru GSTT ne akan disambung balik... aku pun takde lah excited mcm dulu.. sebab dah kena awal tahun hari tu... berita gempak je.. tapi tak ramai pun disambung balik.. Bak kata kebanyakkan kawan... mungkin PROPA JE... mungkin.. siapa tahu.. nak pilihan raya ne..

Tapi yang menjadi kemuskilan aku ne.. ppd pilah yang call kata aku dapat sambung.. punyalah suka tak terkata... tetapi.. dia kata kena tunggu surat dari jpn.. tak tahu mula bila... dia kata bukan untuk diserap.. tetapi untuk sambung kontrak.. katanya, kalau ader rezeki insya allah.. adalah...

Berbalik kepada perkataan REZEKI, sememangnya aku berpegang pada yang satu.. dulupun aku dah merasa dengan jelas tentang rezeki iaitu anak... dah 4 tahun menunggu.... akhirnya memang ada rezeki....

Begitu juga dengan kali ini.. tak tahulah dapat ke tidak.. sebab selagi tak dapat surat... tak de bukti yang mengiyakan apa yang dikatakan oleh ppd tu.. Masalahnya bila diaorang nak telefon???? Aku call Cik Eva JPN pulak, dia kata nanti semak pada jpnns senarai nama yang berjaya... katanya.. Hai..mcm2la...kenalah tunggu dulu mcmmana keadaannya..

Kalau lah dapat.......
Cikgu moon
mINGGU LEPAs Balik Pilah.. Dah sebulan tak balik rasanya...
Minggu lepas memang tak makan kat rumah..
Sabtu ahad je pergi kenduri..
kenyang makan daging kambing yoo..
Lepas tu.. reseki durian dan rambutan..
Sangatlah sedap..
Dah lama tak makan...
apalagi....
makan tak ingat...
Adam tak makan...
TAPIIIII......
 suka pegan duri durian..
Aidil pulak.... peh...
makan tak ingat. tapi dapat rasa sikit je.. bagi banyak2 baby lagi...
Cikgu moon
Sejak balik dari beli baju semalam, anakku adam, tak senang duduk dapat baju baru.. Marah betul aku masukkan baju dalam washing machine...Tadi, tiba2 badan dia panas.. nak deman.. sempat gak masukkan ubat dalam botol susu dia.. akhirnya tertido..

Nak dijadikan cerita semalam husband aku tukar susu.. selalu Adam memang takde masalah langsung bila tukar susu.. Dumex dia minum, Dutch Lady pun Minum.. Tapi semalam papa dia belikan susu fernleaf...
Aku buatkan susu, dia tak nak minum...start malam tadi, sampai la papa dia balik sekolah petang tadi.. tak minum susu dia.. Yang dia minum air blackcurrant je.. sian pulak.. makan pun takde selera.. tak nak minum susu..
Nasib baik papa balik sekolah terus beli dutch lady.. Dapatla minum.. Agak2nye demam tak dapat minum susu agaknya..
Cikgu moon
LOVE is CINTA???
Tentulah... ungkapan yang terlalu bermakna untuk semua makhluk yang bernama manusia..
Tanpa cinta tentunya hidup tidak ada ertinya..
Jadi.. di sini ada ayat2 cinta yang best yang dapat aku cari dari internet.

                                                         love..love..love..love..love..love..

Rains fall, winds blow, the sun shine…It all comes naturally just like loving you!

The shortest word for me is “I”… The sweetest word for me is LOVE…The only word for me is YOU.

I love you 2-day…I love you 2-morrow…put it together I love you 4-ever.

A day without you is like a day without light because you light up my life.

Good days come often, Bad days do too. But the best day only come when i’m with you.

Words alone will never be able to express the depth of my love for you.

Hand in hand, heart to heart my love for you shall never apart.

You are the sun in my day, the wind in my sky, the waves in my ocean, and the beat in my heart.
Labels: 0 comments | edit post
Cikgu moon
Sebagai seorang wanita, tentunya kita berasa bangga jika kita memiliki rupa paras yang menawan, bijak, dan mempunyai kedudukan yang ti nggi dalam masyarakat. Namun, apakah nilai yang menentukan seseorang itu wanita yang terbaik @ tidak??? Adakah dengan memiliki.......wajah yang cantik? @ harta yang banyak? @ suami yang kaya? @ pangkat yang tinggi? 
Mari kita lihat pandangan Al Khawarizmi, seorang ahli Matematik Islam 
ditanya tentang wanita terbaik ;

Dia menjawab :

Jika wanita solehah dan beragama = 1

Jika dia kaya ; tambah lagi 0 = 100

Dan jika dia dari keluarga baik-baik ; tambah lagi 0 = 1000

Tetapi jika angka 1 (solehah dan beragama) ini tiada, tiada makna dalam harga seorang yang bernama wanita walaupun dia memiliki kekayaan dan kemewahan hidup.
Labels: 0 comments | edit post
Cikgu moon
Assalamualaikum...
Baru je balik dari jalan2..
Tak pergi mana pun.. ke Selayang Mall je..
Nak pergi lepas maghrib.. tapi tak tahu nak pegi mana...
Last2... decide pg dekat je..
Ingat nak pergi rumah along kat Damansara Damai..
Tapi malasla nak kacau orang nak kerja esok.. takut menyusahkan..

Tadi pun.. window shopping je..
Jalan2 cari makan.. tapi dah kenyang..
Last2 masuk kedai baju...
Beli baju adam dan aidil...
hehehe.... dapatla diaorang baju nak gi kenduri minggu ne kat pilah...
Sebelum balik penenan aiskrim Sundea dulu.. lepaking kat luar selayang mall.. 

Dah sampai rumah, aku nak basuh baju beli tadi.. tapi adam tak bagi..
Dia nak terus pakai.. pueh memujuk eh...
Akhirnya selamat dah rendam baju dia...
Aidil? Dah selamat tido.. lena..
Oklah.. tu jelah catatan hari ini..
Cikgu moon
Sedang mencari maklumat... terjumpa sesuatu yang menarik mengenai bunga ini.. Apa lagi bunga ros..bunga ini memang kegemaran senua wanitalah.. Kalau kekasih, isteri atau teman wanita korang merajuk, bagilah bunga ne.. tentu cair punya.... Kalau aku, aku suka yang 1001 roses..

Setiap tangkai ros sebenarnya memberikan makna tertentu.. Cuba kita lihat :

1 Rose
Exceptional love all concentrated on you.

2 Roses

Two of us deeply in love.

3 Roses

I love you.

6 Roses

I want to be yours.

9 Roses

Love each other eternally.

11 Roses

You are the one I love most in my life.

12 Roses

Satisfactory union and mutual affinity.

13 Roses

Secret admirer.

24 Roses

Remember fondly every moment
(24 hours cannot forget you).

33 Roses

Saying "I love you" with PROFOUND LOVE.

36 Roses

Feeling romantic attachment because you come to me.

44 Roses

Constant unchangeable pledge.

50 Roses

This is "Regretless Love".

56 Roses

My love.

66 Roses

Successful love affair.

99 Roses

Love with understanding makes love eternal.

100 Roses

Harmonious union in a century, remain a devoted couple 'till ripe-old age.

101 Roses

No other love but you.

108 Roses

Please marry me!


123 Roses
Free love.

144 Roses

Loving you day and night eternally.


365 Roses
Thinking of you everyday, love you everyday.

999 Roses

Everlasting and eternal love.

1001 Roses

Faithful love, 'till forever



Labels: 1 comments | edit post
Cikgu moon
Selamat Hari Jadi buat suamiku tercinta..
Isterimu mengharapkan dirimu dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki..
Semoga dirimu dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus memimpin isteri dan anak-anakmu..
Terima kasih kerana memberikan kebahagian dan kesenangan dihati.
Mama, Adam & Aidil sayang papa..
We love U..

Doaku untukmu

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah
sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu

Ya Allah
ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..
Cikgu moon
pAGi Ne, AdaM dAn AidiL BanguN lAMBAt...
PukuL 11.30 BarU bANGUn..
BanguN2, mANDi TeruS mAKAn Nasi
PagI DaH sIAp mASAk...
HusbanD aKu hARi InI, pAGI2 dAh kELUAr...

Hari ini sekolah dia ada sukan..
banyak benda yang nak diuruskan..
tambah2 lagi dia MC tetap...
Nak pegi tengok pun mcm mana ..
adam, aidil tengah lasak..
SO,
kami duk rumah tgk tv...


Cikgu moon
Hari ne Adam suka sangat sebab Paklong, Maklong dan abg Ayim datang rumah...
Dah lama tak ader tetamu datang kat rumah kitaorang....
Bukan main lagi....
sampai nak makan nasi ayam pun boleh sambung2...
nak main ngan abg ayim dia...
dah lama dia tak jumpa kawan selain dari adik dia...
mmg semangat..

Aidil pulak macam biasala...
kalau ader orang datang dia akan senyap jer..
tak banyak citer... suara pun tak keluar..
tu yang aku pelik..
kalau takde orang bukan main lagi jerit.. heheh
agaknya pandai pulak dia jaga kelakuan bila org datang..
tapi satu je... dia tak takut kat orang dah..
Maklong dia ambil selamba jer...
relax jer..
tak macam sebelum ne..
kalau orang yg dah lama  x jumpa ambil.. haha,, menangisla..

apa pun...
 tima kasih kat paklong, maklong dan ayim sebab datang ke rumah kami...

Cikgu moon
Hari ni.. hari jadi aidil ke-11 bulan.....
Malam tadi dia tak nak tido... bolehkan nak tido nak main2 dulu...
Dahla tido lambat.. bangun pulak cepat... pagi pukul 7 dah bangun...temankan papa dia nak ke sekolah..
Dah bangun pagi... tgk tv, pastu sambung tido balik...
Sekarang ne mmg kaki dia sangat aktif.. marah tul masuk dlm walker.. nak jalan pulak dah..
merangkak, duduk memang dia tak buat dah... dah dapat la beberapa langkah..
Orang suruh jalan, tapi gaya mcm nak berlari... heheh ....
Cikgu moon
Semasa aku ber'blogwalking' ... aku berminat nak kongsikan gambar2 menarik ini.. Mungkin ramai yang dah pernah tengok gambar2 yang menunjukkan kekuasaan allah swt.. Tapi tak salah jika kita kerap melihatnya.. kerana dengan melihat keagunganNYA, tentu datang keinsafan dalam diri kita sebagai hambaNYA...

Bulan pernah terbelah
Bukti Bahwa Bulan pernah Terbelah
Lafal Allah di langit Ciputat
(Foto : Andie wibianto)

Awan yang membentuk kalimat Allah
Lafaz Allah pada Awan
Lafal Allah pada Sebutir Telur
Lafal Allah pada Sebutir Telur
Lafal Allah pada Sehelai Daun
Lafal Allah pada Sehelai Daun
  batu yang sujud
Batu karang yang sedang sujud.

Pohon Kaktus
Pohon Kaktus yang tumbuh membentuk Lafal Allah.

 
Lafaz Allah di Tangan kita
                                                              Lafaz Allah di Tangan kita

 ledakan di pipa gas milik Pertamina di lokasi lumpur Lapindo
Yang terbaru adalah jilatan api saat terjadi ledakan di pipa gas milik Pertamina di lokasi lumpur Lapindo, jalan Tol Porong-Gempol KM 38 22 November 2006 lalu.
Api yang membubung setinggi hampir 1 kilometer itu ternyata sempat membentuk lafal Allah dalam tulisan Arab beberapa saat. (Foto: Samuel Johnson)


 Hasil foto satelit memperlihatkan riak-riak gelombang Tsunami di Sri Lanka mirip tulisan kaligrafi
Hasil foto satelit memperlihatkan riak-riak gelombang Tsunami di Sri Lanka mirip tulisan kaligrafi “Allah”. (Foto: Globalsecurity. Org)
 Masjid di Meulaboh, Aceh, yang berkubah warna gelap ini tampak tetap berdiri. Sejumlah bangunan di sisi-sisinya tampak tidak tersisa tersapu tsunami. (Foto: Setpres/Dudi Anung)
Masjid di Meulaboh, Aceh, yang berkubah warna gelap ini tampak tetap berdiri.
Sejumlah bangunan di sisi-sisinya tampak tidak tersisa tersapu tsunami. (Foto: Setpres/Dudi Anung)

 
allah maha besar…………. ingatlah akan kebesarannye…. Ya Allah berilah kekuatan pada hambamu ini menghadapi dugaan syaitan setiap masa…… Amin…
Labels: 0 comments | edit post
Cikgu moon
Dah lebih sebulan tak kemaskini blog ne..sibuk nak kemaskini blog coklat.. hehe.
alhamdullillah.. syukur kepada allah.. coklat diterima... dan ada peminat setianya.... terutamanya coklat masrsmallow..pilihan hati budak2... aku pun tak sangka setiap hari coklat marshmallow yang mendapat tempat dihati pembeli setia.. hehehee..

Sekarang ne aku pun dah ada rutin harian.. membuat coklat dirumah.. ada kerja yang diusahakan dan mendatangkan hasil.. walaupun tidaklah sebanyak seperti dulu,, tapi mana lah tahu.. berkat usaha yang berterusan....bisnis coklat ini akan berjaya..



Cikgu moon
Dah lama aku tak update blog ne..
Sibuk membina blog coklat.. apa pun....hari ini merupakan sambutan hari guru di Malaysia.
 Teringat pengalaman menyambutnya 2 kali di SMKSA.
Walaupun dah tak mengajar, masih ada yg ingat mengucapkan selamat hari guru kat aku... x teachar.. hehe..

Kepada semua guru-guru, terutamanya my husband, dan kebanyakkan kawan2ku yang bergelar guru....
aku ucapkan selamat menjadi pendidik yg cemerlang di dunia dan akhirat..

Assalamualaikum....

Cikgu moon
Pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang Yahudi yang menuduh orang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik. Nabi s.a.w lalu memutuskan hukum unta itu milik orang Yahudi dan memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu kebingungan. Maka ia pun mengangkatkan kepalanya menengadah ke langit seraya berkata, "Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu."

Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Nabi s.a.w, "Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini."

Kemudian Nabi s.a.w bertanya kepada unta itu,
"Hai unta, milik siapakah engkau ini ?"

Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang, "Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta."

Akhirnya Rasulullah s.a.w berkata kepada orang Muslim itu, "Hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang engkau perbuat, sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar."

Jawab orang Muslim itu,
 "Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali."

Rasulullah s.a.w bersabda,

"Engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku."

Memang membaca selawat itu sangat digalakkan oleh agama sebab pahala-pahalanya sangat tinggi di sisi Allah. Lagi pula boleh melindungi diri dari segala macam bencana yang menimpa, baik di dunia dan di akhirat nanti. Sebagaimana dalam kisah tadi, orang Muslim yang dituduh mencuri itu mendapat perlindungan daripada Allah melalui seekor unta yang menghakimkannya.

















Cikgu moon
Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. isterinya Sayidatina Fathimah r.ha. puteri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).

Abu bakar r.a. berkata,
"iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Umar r.a. berkata,
"kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Utsman r.a. berkata,
"ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

'Ali r.a. berkata,
 "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Fatimah r.ha.berkata,
"seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah di lihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW berkata,
"seorang yang mendapat taufik untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril AS berkata,
 "menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Allah SWT berfirman,
" Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Cikgu moon
Cikgu moon
Allah S.W.T menciptakan dunia seisinya untuk kemudahan manusia itu sendiri, oleh itu hendaklah manusia memanfaatkannya.

Sahabat Anas menceritakan bahawa satu hari Rasulullah S.A.W melihat seorang yang dipapah oleh kedua orang anaknya menunaikan haji dengan berjalan kaki.

Apabila melihat keadaan itu maka baginda bertanya, "Mengapa dengan orang ini?"

Dua anak itu berkata, "Dia bernazar hendak menunaikan haji dengan berjalan kaki."

Rasulullah berkata, "Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memerlukan orang yang menyeksakan dirinya."

Ketika itu juga Rasulullah memerintahkan kepada orang itu agar naik kenderaan untuk menunaikan haji.

Dalam satu peristiwa lain, seseorang menziarahi tuan gurunya yang sudah lama berpisah, dia berjalan kaki beberapa batu ke rumah gurunya dengan maksud untuk mendapat pahala yang lebih. Setiba di rumah gurunya itu, tuan guru itu bertanya, "Kamu datang dengan apa?"

Anak murid itu berkata, "Saya berjalan kaki."

Apabila tuan guru itu mendengar jawapan anak muridnya itu dia berkata :

"Dia telah menciptakan kuda, baghal dan keldai agar kamu mengenderainya."


















Cikgu moon
"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda.

Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.

 Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu.

Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan .....

"Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu.

Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
Cikgu moon
Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
 
Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

 
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
 
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
 
Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.
Cikgu moon
Siti Hawa dicipta daripada tulang rusuk.
Mengapa tidak diambil dari kepala?
Mengapa tidak diambil dari kaki atau anggota tubuh yang lain?
 Mengapa Hawa tidak diciptakan daripada tanah seperti kejadian Nabi Adam?
Dan untuk apa Siti Hawa dicipta?

Wanita tidak dicipta daripada kepala lelaki (Adam), supaya tidak melebihi atau mengungguli kudrat lelaki. Wanita tidak dicipta daripada kaki, supaya wanita tidak dihina oleh lelaki atau dipijak laki-laki, kerana dia adalah sebahagian daripada tubuhnya. Wanita tidak diciptakan daripada tanah, kerana wanita memang kudratnya tidak sama dengan lelaki. Wanita dicipta daripada tulang rusuk lelaki, kerana memang untuk dijadikan pasangan kepada lelaki, menjadi pendamping lelaki, menjadi kesenangan lelaki, memperkuat dada lelaki dan sekaligus mengimbangi hidup laki-laki.

Rasulullah Saw menjelaskan dalam hadits-nya:

Artinya:
Sesungguhnya wanita itu dicipta dari tulang rusuk. Dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bahagian atas. Jika Anda meluruskannya, sama artinya Anda memecahkannya. Jika Anda biarkan, dia akan tetap bengkok. Kerana itulah, Anda harus selalu memberikan nasihat-nasihat kebaikan. (HR. Muslim)
Tulang tersebut adalah tulang yang bengkok dan letaknya sangat dekat dengan jantung hati. Fungsi tulang ini adalah memperkuat dada dan melindungi hati. Dari sini kita mendapat hikmah dan pelajaran bahwa wanita yang sudah menjadi isteri, dia mempunyai 2 tugas, aitu:

1.    Membuat suami kuat dadanya.

Dada adalah lambang keberanian dan keberanian. Kerananya, orang yang berani akan menantang lawannya dengan menepuk dada. Dada adalah tempat bercampurnya segala rasa, ada rasa benci dan senang, ada rasa kesal dan kecewa. Maka dada harus luas dan tidak sempit, agar boleh menjadi tempat untuk menyelesaikan segala pertengkaran. Orang yang dadanya sempit akan sukar menyelesaikan masalah. Orang yang dadanya sempit mudah berputus asa, tidak positif, tidak punya semangat dan mudah sakit. Itu sebabnya, Nabi Musa ketika mendapatkan perintah untuk menyampaikan kebenaran di hadapan Fir’aun dan orang-orang bodoh, beliau berdoa kepada Allah:

Berkata Musa: “Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataan-ku”. (QS. Thaha:  25-28)

Seorang isteri harus menambahkan kekuatan suami, sehingga potensinya bertambah dan berkembang menjadi berlipat ganda. Seorang isteri tidak hanya sekadar memberikan dorongan, tetapi dia menjadi sebahagian daripada kekuatan dada suami. Jadi sesungguhnya wanita adalah dada suami.

Dada adalah kebanggaan, dan di dalam dada ada keberanian dan kekuatan yang sangat dahsyat. Dada bagi wanita adalah kebanggaannya, dan menjadi kebanggaan suami.

2.    Menjaga hati suami.

Hati adalah inti kehidupan. Di dalam hati ada keimanan. Di dalam hati ada kebahagiaan. Isteri seharusnya meningkatkan keimanan suami dan seharusnya memberikan kedamaian dan kebahagiaan suami. Isteri seharusnya menyenangkan hati suami. Isteri seharusnya menjaga hati suami agar tidak berpaling ke lain hati. Orang yang sudah mempunyai isteri seharusnya hidupnya bahagia dan imannya semakin mantap.
Labels: 1 comments | edit post
Cikgu moon
Rambut oh rambut !!!!

Terdapat beberapa info menarik tentang rambut. Antaranya ialah :

v     Rambut penduduk di Asia berbeza dengan rambut mereka yang tinggal di Barat. Jadi keperluan rambut juga berbeza.

v     Bagi mereka yang tinggal di negara panas seperti Malaysia dinasihatkan supaya mencuci rambut setiap hari kerana rambut mudah berminyak.

v     Ramai yang tidak tahu fungsi syampu dan perapi. Syampu digunakan bagi membersihkan kulit kepala, manakala perapi bagi melembutkan rambut.

v     Terdapat 46 punca keguguran rambut. Tetapi yang paling utama ialah perubahan hormon, pemakanan dan pengambilan ubat yang menjejaskan folikel rambut.

v     Makanan ringan adalah punca keguguran rambut.
v     Bagi wanita yang menopaus, mereka kehilangan estrogen. Ini menyebabkan keguguran rambut lebih cepat.
v   Elakkan menyikat rambut dengan kerap. Kekerapan menyikat rambut boleh merosakkan folikel rambut, jadi sikatlah rambut anda dengan tujuan memastikan ia tampak kemas dan tersusun.


Pastiya setiap orang mempunyai masalah yang biasa ini iaitu rambut gugur dan berkelemumur. Baik gugur sedikit atau gugur dengan banyaknya. Selain itu Terdapat juga masalah lain seperti rambut nipis dan tidak kurang juga masalah rambut botak.
Kenapa ini berlaku?
1. RAMBUT GUGUR @ NIPIS
Setiap helaian rambut tumbuh dalam satu kitaran iaitu tumbuh, berehat dan gugur. 90% rambut tumbuh dari kepala dan akan berterusan antara 2-6 tahun. 10% akan berehat antara 2-3 bulan, selepas itu rambut akan melalui peringkat mati / gugur.
Beberapa sebab/punca rambut gugur/akhirnya botak:
·         Sakit/Masalah kesihatan
o        Seperti penyakit diabetis tidak terkawal, thyriod serta masalah hormon yang tidak seimbang terutama di kalangan wanita
o        Penggayaan rambut / selalu melurus, mewarna, mengkerintingkan rambut akan merosakan rambut / mudah putus & rapuh. Tidak kurang juga akibat dari penggunaan getah atau cekak rambut dengan ketat boleh merosakkan folikel rambut dan tidak dapat tumbuh dengan sempurna.
·         Pemakanan
o        Kandungan protein, vitamin & mineral yang tidak mencukupi selalu mengalami masaalah rambut, gugur dan botak.
·         Ubat-ubatan
o        Beberapa jenis ubat yang mengandungi isatretinoin, amphetamines dan steroid boleh menyebabkan rambut gugur.
·         Masaalah Psikologi
o        Trichotillomania adalah masaalah psikologi yang mendorong seseorang itu mencabut rambut mereka sendiri. Ini menyebabkan masaalah rambut botak bertompok serta merosakkan akar rambut.
2. RAMBUT BERKELEMUMUR
Kulit kepala yang mati dan kering mengelupas secara berlebihan dan kulat seperti yis yang berlebihan di atas kulit kepada boleh menyebabkan bertambahnya pertumbuhan kelemumur.
Antara yang menyumbang kepada pembetukan kelemumur:
  • Bersyampu tetapi tidak membilas dengan sempurna
  • Penggunaan penyembur rambut
  • Perubahan hormon
  • Daya imuniti yang rendah
  • Pengeluaran minyak yang berlebihan

Sekarang kita lihat antara mitos @ fakta tentang rambut yang biasa berlaku dalam kehidupan seharian kita.

Mitos 1 : Memotong rambut secara teratur akan mempercepat pertumbuhannya.
Fakta : Rambut tumbuh setengah inci setiap bulan, samaada dipotong ataupun tidak.
Demikian menurut John Barrett, pemilik John Barrett Salon di New York City. Namun rambut memang tumbuh agak sedikit lebih cepat pada musim panas.


Mitos 2 : Stress dapat membuat rambut gugur.
Fakta : Rambut gugur sepanjang waktu, sekitar 50 - 120 helai per hari, rambut akan gugur agak lebih banyak saat anda terkena stress berat, seperti perceraian, atau menjalani pembedahan. Kehamilan atau pengambilan antibiotik juga penyebab rambut gugur.



Mitos 3 : Berganti shampoo dapat membuat rambut tampil lebih sehat.
Fakta : Mungkin juga tapi itu sebenarnya tidak betul! Rambut kita tidak sama sekali dapat membezakan jenama shampoo apakah yang kita gunakan.

Mitos 4 : Jika anda mencabut uban, maka di tempat yang sama akan tumbuh tiga atau empat rambut lain.
Fakta : Sangat tidak benar! namun mencabut uban merupakan habit yang tidak baik. Akar rambut akan rosak, dan menyebabkan infeksi.


Mitos 5 : Anda tidak dapat membuat rambut lurus secara keseluruhan.
Fakta : Lima minit dengan menggunakan flat-iron, cukup untuk membuat rambut lebih lurus berkilau.


Mitos 6 : Untuk mendapatkan rambut yang benar-benar bersih, lakukan langkah ini "basuh, bilas dan ulangi lagi".
Fakta : Cukup basuh dan bilas saja, tak usah diulang



Mitos 7 : Mencuci rambut dengan air sejuk setelah bershampoo akan membuat rambut lebih bersinar.
Fakta : Air sejuk mungkin membuat rambut anda 'terjaga', namun berliter-liter air sejuk tak akan dapat memberi kilauan pada rambut anda

Mitos 8 : Mewarnai rambut akan menyebabkan kerosakan.
Fakta : Produk pewarnaan sekarang ini cukup lembut dan tidak akan merosak rambut. Malah ada yang memberi lebih vitamin kepada rambut dan juga memudahkan rambut diurus


Mitos 9 : Rambut bercabang dapat diatasi dengan produk yang tepat.
Fakta : Sekali bercabang, rambut akan tetap seperti itu, kecuali anda memotongnya.



Mitos 10 : Anda harus menyisir rambut 100 kali setiap hari!
Fakta : Oh Tidakk!! menyisir rambut berkali-kali akan menarik rambut dari folikelnya dan melemahkan helaian rambut.


Labels: 0 comments | edit post

mARi sOLAt